#68 ; Demam 👑

2.8K 145 10
                                    

Nazri dan Hairul berjalan menuju ke perpustakaan.

"Weh, Sofia mana eh? Lama tak nampak dia" tanya Hairul sambil membuka kasutnya.

Nazri juga turut membuka kasutnya lalu mereka berdua masuk ke dalam perpustakaan.

"Kan aku dah kata, Sofia dekat Jepun" kata Nazri lalu mengambil tempat duduk di hujung sekali.

"Lamanya dia dekat sana" Hairul duduk di hadapan Nazri.

"Dia kan sakit"

"Em, kau rasa bila dia nak masuk kolej balik?" Hairul memandang Nazri yang sedang membuka bukunya.

Nazri menjongketkan bahunya.

"Kau nak balik Malaysia esok ke?"

"Ya. Kenapa? Kau nak ikut sekali ke?" Nazri memandang Hairul.

"Aku nak balik Jepun" kata Hairul lalu menundukkan kepalanya memandang buku.

"Jepun? Buat apa balik Jepun?"

"Aku nak jumpa mak aku"

"Mak kau tinggal dekat Jepun ke? Kalau mak kau tinggal dekat sana, kenapa kau balik Pahang hari tu?" soal Nazri.

"Hari tu aku balik sebab nak ambil keputusan la. Aku balik rumah dekat Pahang tu pun sorang-sorang. Kau tahu lah kan, kakak aku dah kahwin. So, dia tinggal dekat rumah suami dia di Kedah. Mak aku pulak dekat Jepun" kata Nazri.

"Tapi kenapa mak kau dekat Jepun pulak ni?"

"Kalau kau nak tahu, mak aku salah seorang pembantu rumah dekat rumah family Dato' Irfan"

Nazri kelihatan terkejut.

"Dato' Irfan? Rumah Irsyad? Seriously?"

Hairul mengangguk.

"Sejak bila?" tanya Nazri.

"Dah lama. Sejak ayah aku meninggal"

"Hm, tapi kenapa mak kau pilih nak jadi pembantu rumah dekat rumah Irsyad? Dah lah dekat Jepun. Kan ada kerja yang dekat-dekat Pahang tu"

"Tak tahu lah" Hairul menjongketkan bahunya.

"So, kau nak balik Jepun esok ke?"

Hairul terdiam sebentar.

"Hm aku rasa nanti je lah. Tunggu ada masa yang terluang baru aku balik Jepun" katanya.

"Ha ok. Terpulang pada kau lah nak balik bila. Petang ni aku nak balik rumah aku dulu. Nak jumpa family aku sebelum bertolak balik Malaysia esok. Kau tak apakan tinggal hostel sorang-sorang tanpa aku?" kata Nazri sambil memandang Hairul.

"Aduh kau ni. Macam lah aku tak biasa tinggal sorang-sorang"

"Haha. Yelah-yelah"

Mereka berdua menyambung membaca buku.

***

"Astaghfirullahalazim!"

Sofia dan Irsyad yang sedang syok bermandi-manda di dalam kolam terkejut. Serentak diorang berdua menoleh.

"Kenapa mandi dekat sini?" soal mak Munah sambil berjalan mendekati mereka.

"Syad ni ha. Dia tarik Sofia masuk sini" kata Sofia.

"Eh salah aku pulak"

"Salah kau lah!"

"Dah-dah. Naik cepat" kata mak Munah.

Irsyad pun naik ke atas. Dia menghulurkan tangan pada Sofia. Sofia memandang.

"Meh, aku tolong kau naik"

"Kenapa kau pulak nak tolong? Mak Munah kan ada. Biar mak Munah yang tolong aku" kata Sofia.

"Mak Munah, pergi ambilkan satu tuala" arah Irsyad pada mak Munah.

"Baiklah, tuan muda"

"Ala mak Munah! Janganlah tinggalkan Sofia"

"Maaf Sofia" mak Munah tersengih.

"Biarkan dia ni. Mak Munah pergi ambil tuala sekarang" kata Irsyad.

"Baik" mak Munah terus berlalu dari situ.

Irsyad senyum kemenangan. Dia memandang Sofia lalu menghulurkan tangannya sekali lagi.

"Jahat!!" Sofia menyimbah air pada muka Irsyad.

"Cepat lah naik"

"Memang suka buat jahat dekat aku"

Irsyad mengeluh.

"Tinggallah kau sorang-sorang dekat sini" kata Irsyad lalu mahu pergi dari situ.

"Ehhh, janganlah tinggalkan aku"

"Dah tu, cepat naik" Irsyad masih menghulurkan tangannya.

Sofia memegang tangan Irsyad lalu Irsyad menariknya supaya naik ke atas.

"Huish, sejuknyaa" kata Sofia.

"Haipp! Apa ni pegang-pegang tangan? Nak kena sepak ke?" tiba-tiba Afieq muncul.

Segera Irsyad melepaskan tangan Sofia.

"Kenapa baju masing-masing basah ni?" tanya Afieq sambil memandang Irsyad dan Sofia.

"Baru lepas berendam" jawab Sofia.

"Perhh, berendam berdua je. Lain kali ajak lah"

"Kau yang tak nak datang sini" balas Sofia.

"Huh, ok lah. Aku masuk dalam dulu. Korang basah-basah macam ni, jangan masuk dalam rumah dulu. Nanti basah pulak rumah tu. Keringkan badan tu dulu"

"Baiklah, abang!"

Afieq terus beredar dari situ. Mak Munah pula muncul sambil membawa sehelai tuala.

"Nah, tuan muda" mak Munah menghulurkan tuala itu pada Irsyad.

"Terima kasih" Irsyad mengambil tuala itu lalu mengelap mukanya.

"Nanti jangan lupa pergi makan tengah hari ya. Mak Munah masuk dalam dulu" kata mak Munah lalu masuk ke dalam rumah.

"Hacumm!" Sofia bersin.

Irsyad memandang Sofia. Dia meletakkan tuala itu di atas kepala Sofia. Rambut Sofia yang basah itu digosok supaya kering. Kemudian Irsyad menyelimutkan Sofia menggunakan tuala itu. Irsyad melekapkan tapak tangannya pada dahi Sofia.

"Kau nak demam ni"

Sofia memandang Irsyad.

"Aku dah lama tak demam. Aku nak masuk bilik"

"Jom, aku teman kau" Irsyad berjalan di sebelah Sofia lalu mereka masuk ke dalam rumah.

Irsyad meneman Sofia masuk ke dalam biliknya.

"Kau pergi tukar baju dulu" kata Irsyad.

"Kau keluar lah"

"Kau pergi tukar baju dalam bilik air tu. Aku tunggu kau dekat sini" Irsyad menunjukkan bilik air yang terdapat dalam bilik itu.

"Kau tak nak pergi tukar baju jugak ke? Nanti basah pulak katil aku kalau kau duduk"

"Haih yelah. Aku pergi masuk bilik aku tukar baju kejap. Nanti lepas kau dah tukar baju, kau duduk dulu dalam bilik ni. Tunggu aku datang. Ok?"

"Ok" jawab Sofia lemah. Dia tidak berdaya untuk cakap lebih-lebih. Dia rasa badannya sekarang ini panas.

Irsyad berlalu keluar dari bilik Sofia dan masuk ke dalam biliknya.

*****

Bersambung..

Hmm,

Rasanya bab dlam cerita ni mungkin sampai bab 80.

Mungkin la.

Btw, thanks pada yang selalu menyokong buku ni dan yang selalu vote 😘

Thanks jugk pada yang selalu komen.

Iloveualls 💕

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now