Pak Man memandu kereta menuju ke rumah banglo keluarga Dato' Irfan.
Arsyad dan Irsyad hanya senyap di tempat duduk belakang.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Irsyad memecahkan kesunyian.
"Balik rumah lah" jawab Arsyad.
Irsyad diam.
"Nah" Arsyad menghulurkan iphone 5 pada Irsyad.
Irsyad memandang.
"Apa ni?"
"Ni namanya telefon pintar. Tak kan lah telefon pun abang tak tahu"
"Aku tahu lah ni telefon. Maksud aku, kenapa kau bagi telefon ni dekat aku?" kata Irsyad.
"Ni abang punya"
"Aku punya?"
Arsyad mengangguk. Irsyad memandang iphone itu lalu mengambilnya.
"Abang buka lah galeri. Dalam tuh ada banyak gambar kenangan abang dengan kak Sofia. Mungkin abang dapat ingat sikit-sikit tentang kak Sofia" kata Arsyad.
Irsyad memandang Arsyad kemudian memandang iphonenya.
"Insta pun abang buka lah. Abang ada banyak post gambar abang dengan kak Sofia. Kalau abang baca caption gambar tu, inshaallah abang dapat ingat siapa kak Sofia. Abang pun ada post gambar ahli 7 Prince Hots. Mungkin abang akan ingat siapa kawan-kawan abang"
"7 Prince Hots?"
"Ye.Abang salah seorang ahli 7 Prince Hots" jawab Arsyad.
Irsyad diam. Dia hanya memandang iphonenya.
***
Natasya melangkah ke arah kaunter.
"Ya, ada apa yang saya boleh tolong?" kata jururawat yang menjaga kaunter itu.
"Saya nak jumpa pesakit bernama Irsyad Haziq"
"Irsyad Haziq? Maaf ya. Dia dah keluar dari wad tadi"
"Dah keluar? Siapa ambil dia?" tanya Natasya.
"Cik ni siapa?"
"Saya tunang dia"
"Ouh, adik dia yang ambil tadi" kata jururawat itu.
"Adik dia? Hm, tak apa lah. Terima kasih ya" Natasya memberikan sebuah senyuman.
"Sama-sama" jururawat itu membalas senyuman Natasya.
Natasya berlalu dari situ. Mukanya berubah masam.
"Tak guna kau Hazqi! Menyemak je lah. Aku baru nak bawa Haziq balik rumah aku. Hish" kata Natasya seorang diri.
Natasya masuk ke dalam kereta Audinya lalu meluncur laju di atas jalan raya.
***
Sofia duduk di atas sofa sambil bermain telefonnya.
"Selamat tinggal.. Pada kenangan.. Selamat tinggal oh semuanya.. Selamat tinggal"
Tiba-tiba telefonnya berdering. Tertera nama 'Emy gedik😘' di skrin telefonnya.
Sofia tersenyum lebar. Dia terus menjawab panggilan itu.
"Emy!!" jeritnya
"Hoii. Pekak siak telinga aku. Salam kau mana?"
"Hahah. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Weh, kau dekat Jepun lagi ke?"
"Ye. Aku dekat Jepun lagi. Kenapa? Rindu aku ke?" kata Sofia.
"Tak ada masa aku nak rindu kau"
"Haha, yelah tu. Apa hal kau call aku?"
"Saja. Aku just nak tahu tentang keadaan kau je. Kau sihat tak? Kau okay duduk sana? Kau duduk mana? Duduk dengan siapa?"
"Aku sihat je. Okay je duduk sini. Aku duduk rumah Irsyad kejap. Aku.."
"Wait! Kau duduk rumah Irsyad? Astaghfirullah. Apa kau buat duduk berdua dekat rumah Irsyad. Hish, kau belum kahwin lagi dengan dia. Jangan nak berangan"
"Pale hotak mu! Aku bukan duduk berdua dengan dia. Dengar lah dulu apa aku nak cakap tadi" kata Sofia.
"Hehe, sorry. Ok teruskan"
"Aku tinggal sini dengan adik dia dan abang aku. Ada pembantu rumah jugak dekat sini"
"Eh, sejak bila abang kau muncul dekat Jepun?"
"Dah lama. Sejak aku masuk hospital"
"Ouhh. Kau sakit apa je? Apa yang patah?"
"Aku just patah bahu kiri je. Tak lama lagi baik lah ni"
"Irsyad macam mana? Dah pulih dari amnesia?"
"Hm. Belum lagi. Hari ni baru dia keluar hospital. Jap, mana kau tahu dia amnesia? Ni mesti Mal kan bagi tahu?" tanya Sofia.
"Haah, Mal lah yang bagi tahu. Hm, stay strong dear. Aku tahu kau kuat"
"Thanks Emy. Aku sayang kau. Kau lah kawan terbaik aku"
"Yaa, aku pun sayang kau jugak friend. Bila kau boleh sambung study ni?"
"Aku tak tahu bila. Tapi bila aku dah sembuh, aku terus balik Korea" jawab Sofia.
"Ouh. Ha ok. Aku chau dulu lah weh. Nak siapkan assighment ni. Nanti kalau ada masa, aku call kau ok"
"Ok bye. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Sofia terus mematikan panggilan.
"Siapa call?" tanya Afieq.
"Emy"
"Dia nak apa?"
"Eh yang kau sibuk nak tahu ni kenapa? Suka Emy ke?" kata Sofia sambil mengangkat sebelah keningnya memandang Afieq.
"Eh sorry sikit. Nak buat apa suka dia? Aku dah ada awek lah"
"Hek eleh. Kalau kau suka dia pun, sorry lah ek. Dia dah ada boyfriend. Dia kepunyaan Iqish"
"Siapa pulak Iqish tuh?" soal Afieq.
"Iqmal lah"
"Whatever" Afieq membuat muka annoying.
Sofia memandangnya tajam.
*****
Bersambung..
~hai semuaa. Jemput lah baca story Muaz.
Title ; He's Okay Without Me.
Silalah tekan profile Muazzinn untuk baca crita itu . haha , ok silalah baca ya .
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [Book2]
Ficção AdolescenteSetiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang sega...