Sofia termenung di dalam biliknya.
Melihat gambar mesranya bersama Irsyad.
Air matanya mengalir perlahan.
"Yaziq.."
Mujur dalam bilik itu tiada orang. Hanya dia sorang saja yang duduk di dalam bilik itu. Sejak dia masuk ke kolej itu, dia langsung tidak mempunyai kawan.
"Yaziq.." air matanya mengalir lagi.
"Kau penipu! Kau kata nak call aku. Tapi kau tak call pun!"
"Yaziqq.."
Dia menangis tersedu-sedu.
"Selamat tinggal, pada kenangan.. Selamat tinggal oh semuanya.. Selamat tinggal.."
Tiba-tiba telefonnya berdering.
Sofia pantas mengesat air matanya.
Tanpa melihat nama pemanggil, Sofia segera menjawab panggilan.
"Hello" katanya dalam sisa tangisannya.
"Helloo, kenapa suara macam sedih ni?"
Sofia melihat skrin telefonnya untuk melihat nama pemanggil.
Terbeliak matanya melihat nama di skrin.
Irsyad!
"Dear, are you crying?"
Sofia terdiam.
"Ma..mana ada. Aku tak nangis lah"
"Haha, iye lah tu. Aku tahu lah kau menangis. Jangan nak bohong aku. Kenapa kau menangis?"
"Err, aku.. Aku.." kata Sofia teragak-agak.
"Aku apa?!"
"Aku rindu kau lah bongok!"
Kedengaran Irsyad ketawa.
"Daripada tadi mengaku kan senang. Ni tak, nak jawab pun teragak-agak"
"Biarlah!"
"Haha, aku pun rindu kau jugak"
"Kenapa kau dah lama tak call aku ha?! Sampai hati kau kan" tanya Sofia dengan nada sedih.
"Sorry sayang. Aku busy lah, tak ada masa nak call kau. Ni aku ada masa, aku call kau lah. Rindu nak dengar suara kau"
"Huh, aku ingatkan kau dah lupakan aku" kata Sofia sambil menguis-nguis jarinya di atas katil.
"Tak kan lah aku lupakan kau. Setiap kali aku terpandang cincin ni, aku teringatkan kau tau"
"Aloo, acah sweet pulak mamat dingin ni"
"Kuangajo mu kata aku mamat dingin"
"Well, waktu first time aku jumpa kau, kau memang dingin pun kan"
"Tu dulu, jangan dikenang" balas Irsyad.
"Hahaha, tapi lawak lah bila tengok muka kau yang dingin tu" kata Sofia.
"Eleh. Lawak-lawak pun, muka aku yang ni lah kau minat kan"
Sofia terkedu.
"Sayang.. Kenapa diam je ni? Tak tahu nak balas apa ke?"
"Er, dah lah. Aku nak tidur"
"Alaa, rilex lah. Baru pukul berapa"
"Kau tak kerja ke esok?" soal Sofia.
"Kerja. Tapi aku masuk lambat lah. Biasa lah, aku kan boss"
"Eleh, berlagak pulak mamat ni"
"Hehe, kau tak ada kelas ke esok?" tanya Irsyad.
"Eh, macam mana kau tahu aku masuk U?"
"Adalah. Kau masuk U dekat Seoul kan?"
"Haa, ni mesti Naz yang bagi tahu kau kan? Hish, tak guna betul budak tu!" kata Sofia.
"Hahaha, kau jangan lah marah dia" balas Irsyad sambil ketawa.
"Huh, dah lah. Aku nak tidur. Jangan kacau aku. Esok aku ada kelas. So, aku tak boleh lewat"
"Yelah. Jumpa lusa ye sayang"
"Lusa?"
"Hish, mesti kau dah lupa ni. Lusa kan kita kena ambil keputusan"
Sofia menepuk dahinya perlahan.
"Haah. Lupa pulak. Nasib baik kau ingatkan aku"
"Memang kau tu. Dari dulu lagi pelupa"
"Hish, dah lah. Aku nak off ni" kata Sofia.
"Ok bye. Good night dear"
"Good night too"
Sofia terus menamatkan panggilan.
Dia tersenyum sendirian.
Rasa berbunga di dalam hati. Chiaa 😂
*******
Bersambung..
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [Book2]
Ficção AdolescenteSetiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang sega...