Tibanya waktu malam dan juga tibanya untuk mereka bertolak ke negara di mana keluarga mereka berada.
Sofia menyalam tangan Encik Ammar.
"Jaga diri kamu di sana ye? Jangan nakal-nakal tinggal dekat rumah orang" pesan Encik Ammar.
"Baiklah pa"
Sofia menghampiri Puan Atiqah pula.
"Mama, mama tak kisah kan Liya pergi ikut Syad?"
Puan Atiqah merenung wajah anak perempuan kesayangannya. Kemudian, dia memeluk tubuh Sofia. Air matanya mengalir.
"Mama sebenarnya takut nak lepaskan Liya pergi Jepun. Tapi mama benarkan juga sebab mama tahu Syad boleh jaga Liya dekat sana" kata Puan Atiqah dalam tangisannya.
Sofia juga mengalirkan air matanya.
"Liya minta maaf, mama. Liya akan jaga diri Liya baik-baik dekat sana" balas Sofia.
Puan Atiqah meleraikan pelukannya.
"Jangan lupakan mama ye?" Puan Atiqah mengusap kepala anaknya.
"Baiklah ma" Sofia tersenyum.
Irsyad pula menyalam tangan Encik Ammar.
"Hati-hati ye. Kirim salam dekat ayah dan ibu kamu ye" kata Encik Ammar.
Semua yang mendengarnya tersentak termasuklah Irsyad.
Dia menundukkan wajahnya.
"Saya.. Saya tak.. Tak ada.. Ibu" katanya tergagap-gagap.
Encik Ammar dan Puan Atiqah kelihatan terkejut.
"Maafkan uncle. Uncle tak tahu" kata Encik Ammar serba salah.
"Tak apa. Saya tak kisah" Irsyad memandang Encik Ammar sambil tersenyum.
"Syad, kamu jaga Liya baik-baik ye? Auntie harapkan kamu untuk jaga dia" kata Puan Atiqah pada Irsyad.
"Baiklah" Irsyad mengangguk.
"Dah jom, nanti terlepas flight pulak" kata Irsyad pada Sofia.
"Bye ma, bye pa!"
Mereka bertujuh termasuklah Sofia berlalu ke balai berlepas.
***
"Daddy!!" Arsyad menjerit memanggil ayahnya.
Dato' Irfan termegah-megah berlari mendapatkan Arsyad.
"Ye Qi. Kenapa ni?" soal Dato' Irfan.
"Esok abang balik! Dia bawak kak Sofia. Yeah yeah" Arsyad melompat keriangan.
Dato' Irfan memandangnya dengan riak tak puas hati.
"Tu je?"
"Yelah. Daddy tak gembira ke abang balik sini bawa bakal menantu?"
"Gembira lah. Tapi tak perlu lah sampai terjerit-jerit! Terkejut daddy tau. Ingatkan ada apa-apa yang berlaku dekat Qi" kata Dato' Irfan.
"Hehe, sorry dad. Excited sangat" Arsyad tersengih.
Dato' Irfan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ni excited nak jumpa abang ke atau excited sebab tak perlu nak ganti tempat abang dekat office tuh?" soal Dato' Irfan sambil mengangkat-angkat sebelah keningnya.
"Dua-dua. Haha" Arsyad ketawa kecil.
"Ish, ish, ish. Dah lah, pergi tidur sekarang. Esok kita kena ambil abang dekat airport"
"Baiklah. Goodnight dad"
"Goodnight"
Arsyad terus melangkah ke biliknya.
***
"Esok sepupu kau sampai sini. Kau nak tunjukkan diri kau dekat dia ke?" soal Natasya pada Nadia.
"Dia ingat aku lagi ke?"
"Mana lah aku tahu. Tapi tak apa, kau tunjukkan aje diri kau dekat dia. Nanti boleh lah kau rapat dengan dia semula"
"Kalau dia tak ingat aku?" tanya Nadia.
"Paksa untuk dia ingat kau! Tak kan lah dia tak ingat sepupu dia sendiri kan?"
"Haih, ok! Aku ikut apa yang kau suruh. Tapi buat kerja ni je ye. Kerja berbahaya yang lain, aku tak nak" kata Nadia.
"Ye, kau jangan risau. Kerja yang lain, aku upah orang yang lebih berpengalaman" Natasya tersenyum sinis.
Nadia hanya mendiamkan diri.
'You wait and see. Aku akan balas dendam atas sebab kau rampas Haziq dari aku and aku juga akan turut balas dendam pada kau, Hazqi. Sebab mulut kau puaka sangat. So, kau tunggu balasannya'
*****
Bersambung...
Jeng , jeng , jeHahaha😂
Permainan Natasya mahu saja bermula !
Next bab nanti , mula lah dugaan hidup diorang.
Hope diorang dapat melaluinya dengan hati yang tabah !
Kah! Aku yang buat crita ni, aku pulak yang mengharap 😂
Btw , ingat lagi pada Ika ?
Tak ingat ? Silalah rujuk buku yang pertama.
Bab berapa ?
Maaf , saya dah lupa.
Hahaha😂
Please , jangan jadi silent readers ye ?
Silalah vote story ni.
Tak nak vote pun tak apa , Muaz tak kisahh.
YOU ARE READING
7 Jejaka Hots [Book2]
Ficção AdolescenteSetiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang sega...