#50 ; Jatuh Cinta 👑

2.8K 127 27
                                    

Natasya dan Nadia berjalan naik ke tingkat tiga.

Tiba di tingkat tiga, mereka berhenti sambil memerhati setiap bilik di situ.

"Tadi dia kata bilik nombor berapa?" soal Natasya pada Nadia.

"Bilik empat"

Mereka berdua segera menuju ke bilik empat.

Tombol pintu dipulas. Masuk saja ke dalam, kelihatan Irsyad sedang baring.

"Haziq" Natasya berjalan menuju ke arah katil Irsyad.

Irsyad memandang Natasya dan Nadia.

"Korang siapa?"

"I Natasya. Girlfriend you" Natasya senyum.

"Girlfriend aku?"

Natasya mengangguk.

"I rindukan you, Haziq. You okay?"

Irsyad mengangguk perlahan.

"Ni siapa?" Irsyad memandang Nadia.

"Ni Nadia. Kawan I"

Nadia senyum ke arah Irsyad. Irsyad hanya memandang.

"You dah makan? Nak I suap?" soal Natasya.

"Aku tak nak makan"

"Makan lah sikit. Nanti you sakit"

"Tak nak" Irsyad menggeleng.

"Hm, tak apa lah kalau you tak nak. Bila you boleh keluar ni?"

"Esok" jawab Irsyad.

"Esok? Kalau macam tuh, nanti I hantar you pulang"

"Pulang ke mana?" soal Irsyad.

"Ke rumah I lah"

"Buat apa ke rumah kau? Kau ingat aku ni tak ada rumah ke?"

Natasya senyum sinis. Dia duduk di sebelah katil Irsyad. Tangan Irsyad dipegang.

"You kan boyfriend I. So, biarlah you duduk rumah I dulu. I boleh jaga you" kata Natasya sambil mengusap tangan Irsyad.

Irsyad memandang Natasya. Dia menepis tangan Natasya.

"Aku tak kenal kau"

"Nanti you akan kenal I"

"Apa tujuan kau datang sini?" tanya Irsyad.

"Saja nak tengok keadaan you"

Irsyad mendiamkan diri. Dia memandang Nadia.
Terpegun seketika dia melihat kecantikkan wajah Nadia.

Irsyad memandang Nadia tak berkelip.

'Cantiknya'

Nadia yang perasan akan pandangan Irsyad itu, hanya menundukkan kepalanya.

'Kenapa dia pandangan aku macam tuh? Seram weh seramm' kata hati Nadia.

Natasya yang hanya memerhati mula sakit hati kerana Irsyad hanya memandang Nadia.

"You tengok apa?" tanya Natasya pada Irsyad.

"Tak ada apa" Irsyad mula mengalihkan pandangannya.

"Hm, I balik dulu ya. Nanti I datang lagi"

"Ok"

Natasya bangun dari duduknya.

"Jaga diri you ya. Love you" kata Natasya.

Irsyad hanya diam.

Natasya melangkah ke arah pintu diikuti Nadia.

Nadia berpaling memandang Irsyad. Irsyad tersenyum. Nadia membalas senyuman Irsyad lalu keluar dari bilik wad itu.

7 Jejaka Hots [Book2]Where stories live. Discover now