RINTIHAN SEORANG ISTERI PART 1

8.1K 130 9
                                    

EDITED BY EVA CHRISTIAN
STORY BY KAREN

KISAH BENAR

🌹RINTIHAN SEORANG ISTERI

PART 1.

Cerita ni mengisahkan tentang perjalanan hidup saya yang penuh dengan dugaan dan cabaran sebagai seorang isteri. Saya hanya mau di kenali sebagai Karen (Bukan nama sebenar). Betul kah perempuan yang berkahwin sebanyak 3 kali itu adalah perempuan yang hidup dia sudah hancur dan hanya LAYAK untuk di CEMUH dan di HINA oleh orang ramai?.

Sebelum kamu menghakimi saya, biar saya kasih cerita dulu kenapa dan macam mana saya boleh berkhawin sebanyak 3 kali. 


Saya berkahwin buat kali pertama pada usia 18 tahun. Masih muda kan? 😌. Semuanya indah saat itu. Di mana saya berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Allan yang berbangsa sino masa saya kerja part time di Supermarket. Mulanya kami hanya berkawan gitu-gitu saja, tapi tidak di sangka juga lah kami boleh jatuh cinta antara satu sama lain dan kami bercinta. Dia lamar saya selepas 6 bulan bercinta di sana Kudat Simpang Mengayau. Kebetulan dia bawa saya jalan-jalan sana. Kira dating lah bah tu kan?.

Selepas saja sesi lamar melamar tu. Beberapa hari kemudian, dia bawa saya berjumpa sama family dia dan saya juga begitu. Tapi, family dia seolah-olah tidak mau mengenali saya dan tidak begitu peramah. Langsung tidak buka mulut bertanya apa-apa. Atas dasar cinta kami dua Allan, saya memilih untuk tidak peduli macam mana latar belakang family dia. Sebab dalam fikiran saya masa itu, saya mau juga kawin dengan Allan dan saya sayang dia sepenuh hati. So, kami kahwin juga lah yang buat party biasa-biasa bukan besar-besaran.

Beberapa lama kemudian selepas kahwin tu, kami ambil keputusan untuk berpindah dan menyewa di Api-api. Memandangkan Allan kerja sebagai bisnesman dan hampir selalu ambil over time dan out station. So, saya tidak pernah suspek dia apa-apa, sebab saya faham kerja dia dan saya percaya dia 100%.

One fine day, saya rasa kepingin betul mau makan bakuteh di sana sebelah Hotel Jesselton. Sampai saya buli menangis-nangis mau bawa dia pigi😁. Dia hairan dan tanya, kenapa dengan saya sampai betabiat tidak tentu pasal. Tapi, dia tetap kasih tunai juga kemahuan saya. Dia bawa juga saya pigi sana. Baru saya rasa puas hati. Betul-betul saya menikmati tu keenakan bakuteh.

Lepas itu, saya rasa demam. Badan saya panas. Mungkin Allan nampak saya lemah dan dia tanya saya sambil pegang seluruh badan saya. Terkejut juga dia lah😁. Saya boleh nampak muka dia risau. Kelam kabut dia bawa saya pigi Hospital Damai. Sampai sana. Dia papah saya sampai dalam. Sudah register apa semua. Kami tunggu doktor panggil. Tiba masa kena panggil. Saya mau masuk, dia pun ikut masuk. Selesai cek itu ini.

"Tahniah, kamu pregnant 3 bulan sudah ni" Dabilang tu doktor.

😍Punya happy saya dengar, termasuk Allan. Dia pula yang terlebih happy dengar. Sebab ni 1st baby kami.

Dari dia tahu saya pregnant, tidak pernah dia kasih abai saya, malah dia nampakkan betul sayang dia sama saya. Sampaikan dia begitu eksaitod mau bawa saya jalan pigi beli baju-baju baby.

"Sayang, jom jalan pigi beli baju-baju baby.. Ni kan 1st baby kita, mesti kasih sedia awal-awal" Dabilang.

"Saya demam B.. Nda larat saya mau jalan sekarang" Sabilang.

"Bah yala, nanti lepas saya outstation lah kita pigi bili k.." Dabilang.

Saya kasih iya saja. Dan memang betul juga lah, lepas dia balik dari outstation tu, dia bawa saya survey baju baby. Awal-awal preg tu, memang Allan selalu outstation. Dia cakap dengan saya dia perlu cari duit lebih untuk tampung kelahiran baby nanti. Kadang-kadang sampai dua minggu dia outstation, baru dia balik. Saya tidak juga kisah sangat lah sebab dia ada juga hubung saya. Kesian juga saya dengan dia. Lepas seminggu dia sama saya di rumah, mesti dia outstation lagi. Memang kerja dia macam tu, apa lagi yang perlu saya buat kan? Sebagai seorang bini, saya kena faham apa kerja laki saya, dan saya pula jenis yang tidak mau ambil tahu apa dia buat, sebab saya percayakan dia sepenuhnya.

RINTIHAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now