RINTIHAN SEORANG ISTERI PART 13

1.9K 112 15
                                    

EDITED BY EVA CHRISTIAN
STORY BY KAREN

🌷RINTIHAN SEORANG ISTERI

PART 13.

Selepas saja saya tahu yang memang diorang tidak akan tarik balik pasal jodoh tu, hati dan fikiran saya bertambah sangat serabut. Trauma untuk hidup bersama insan yang bernama lelaki. Kembali menghantui diri saya dan perasaan ketakutan itu pula muncul. Apa kah lelaki yang saya akan kahwini kali ini lebih teruk dari Allan dan Carlos? Saya takut menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Berkahwin dengan lelaki yang langsung saya tidak kenali latar belakang dia. Nama pun saya tidak tau. Mampu kah saya hadapi alam rumah tangga untuk kali yang ketiga? Saya sangat takut sebenarnya.


Saya mahu memberontak, tapi saya takut family saya dapat malu. Saya takut, andai mama dan bapa terluka kalau saya menolak pilihan datuk. Saya tidak mahu diorang kecewa lagi macam kehidupan rumah tangga saya sebelum ini. Walau apa pun yang terjadi, saya terpaksa hormati keputusan datuk.


"Kenapa begini ma, kenapa kamu tidak bagi saya peluang untuk berfikir sebelum buat keputusan?" Sabilang.

"Mama pun tidak sangka Karen, datuk kamu yang buat keputusan secepat ini, diorang mula nya cuma kasih tau mau datang merisik saja" Bilang si mama.

"Datuk minta maaf Karen, ini yang terbaik untuk diri kamu.. Cukup sudah gelaran yang kamu terima dari mulut orang ramai" Sampuk si datuk, sambil tarik nafas panjang.

"Sebelum datuk mati, datuk sebenarnya mau tingu kamu bahagia.. Keputusan datuk muktamad, jadi jangan membantah" Dabilang lagi.

Maka, dengan hati yang tidak begitu merelakan. Saya terpaksa juga bersetuju. Tapi, dalam hati hanya Tuhan yang tahu apa yang saya rasa. Si datuk panggil tu lelaki suruh masuk pigi dapur. Lelaki tu berdiri dan bergegas masuk. Masa dia masuk tu, saya tingu dia dengan jelingan yang tajam. Dia pun membalas juga tingu saya dengan jelingan tajam. Saat kami berdepan tu, tinggi saya cuma 164cm, jadi saya sampai paras dagu dia saja😒. Dia tiba-tiba hulur tangan mau salam.


"Hai.. Saya Melvin" Dabilang.

Saya ni pula mau tidak mau salam, tapi si datuk signal-signal sudah saya. So, saya salam saja lah.

"Karen" Tu saja saya jawab.

"Bah, kamu bekenal lah dulu" Dabilang si datuk.


Lepas tu, dia sama mama keluar kasih tinggal saya berdua sama si Melvin dalam dapur. Saya sempat tahan si mama supaya tidak keluar, tapi datuk nda suruh. Dia bilang, kami perlu bincang-bincang. Hm.. Sebenarnya apa lagi yang perlu mau di bincang kalau semua sudah di putuskan? 😒. Tidak apa lah, kemahuan diorang, jadi saya akur saja semua.


Bila mama sama datuk keluar sudah, saya tingu si Melvin dari atas sampai bawah. Badan besar macam tu The Rock😱, cuma ndada six pax si beliau😂. Kalau kana pukul ni, memang kompom saya terus koma berbulan kali. Si Melvin duduk di kerusi, saya pula duduk di atas karung beras dekat almari. Saya nda mau badakat sama dia.

"Kenapa kau tiba-tiba mau kawin sama saya?" Sabilang.


"Family sudah kasih jodoh" Dabilang si Melvin. Oh! Pandai juga menjawab ah.

"Kau tau kah saya ni perempuan nda bagus Melvin, bagus kau cari perempuan lain, yang masih bujang macam kau.. Saya ni dua kali sudah jadi janda" Serius saya becakap masa tu.

"Hmm.. Saya tau" Dabilang.


Atukk! Saya cakap panjang-panjang, dia jawab pendek-pendek, suara pun tegas. Dalam hati saya, ni kali lah, memang saya tidak hidup di dunia sudah ni kalau kana pukul lagi.


RINTIHAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now