RINTIHAN SEORANG ISTERI PART 5

2K 95 10
                                    

EDITED BY EVA CHRISTIAN
STORY BY KAREN

🌷RINTIHAN SEORANG ISTERI

PART 5.

Apabila fikiran manusia sudah di kuasai iblis, maka segala kebaikan yang ada dalam dirinya juga turut terkubur. Betul tidak?

Saya terbaring dalam keadaan lemah, selepas si Carlos puas dengan perbuatan dia. Betul-betul nafsu binatang! Seluruh tubuh saya sakit. Seakan-akan tulang saya pun macam patah mematah. Tapi yang lebih menyakitkan. Suami sendiri bah yang sanggup menjahanam kan saya 😭. Merosakkan hidup saya!.

Saya cuba untuk bangun dan berdiri, tapi si  Carlos tiba-tiba tarik saya masuk dalam kamar mandi 😭. Si Carlos suruh dan paksa saya mandi dalam keadaan bogel. Sambil tu dia merakam saya. Saya ni yang dalam keadaan pening-pening, kasih biar saja dia buat macam tu. Sebab saya tidak mampu lagi melawan dia. Badan saya betul-betul lemah.


Selama 3 hari Carlos buat saya macam tu  binatang. Dadah sudah meresap dan melalaikan fikiran dia. Saya pula sentiasa kana paksa ikut serta dia ambil tu barang 😭. Apa pun yang si Carlos suruh, saya terpaksa buat masa itu. Saya ikut saja, sementara tu dia rakam semua aksi kami (Jahanam betul! Jangan sesekali cuba benda haram ni).


Carlos tersedar lepas anty dia call. Dia bilang  mau hantar si baby, sebab balik-balik mencari saya sudah. Masa anty hantar si baby di rumah, dia tanya Carlos kenapa beberapa hari ni tidak pigi ambil si baby. Kamu tau apa dia jawab? 😡.

"Baru kami sampai di rumah ni, dari jalan-jalan, so kami masih penat" Dabilang.

Saya dengar anty tanya saya di mana, tapi si  Carlos bilang, saya dalam bilik. Tidak sihat konon😒. Anty mau tingu, tapi Carlos cakap saya sudah tidur. Bayangkan lah tu mulut dia. Betul-betul saitan! Tapi macam biasa, dia sudah awal-awal ugut saya untuk tidak buka mulut atau bising dalam bilik 😭.


Saya dengar tu pintu tertutup masa si anty keluar. Paling bikin saya sakit jantung! Dia terus tolak si baby masuk bilik.


Pang!!!! Pappppppp!!.


Tiba-tiba, ringan tangan dia menampar si baby 😭. Terkejut saya! Apa lagi teriak menangis si baby. Masa itu saya teriak-teriak sudah mau larang si Carlos. Sakit hati saya! 😭. Cepat saya bangun pigi dekat dan peluk baby, tapi si Carlos tendang kami tanpa belas kasihan. Sampai saya sama si baby jatuh. Kesian betul si baby 😭. Merah pipi dia bekas tamparan si jahanam.


"Sakit mummy" Dabilang si baby.

Hampir tidak keluar suara dia menangis teriak-teriak. Saya peluk dan menangis sama-sama si baby. Sakit bah betul hati saya. Kenapa anak saya dia buat begitu. Baru 5 tahun bah. Sedangkan saya pun tidak pernah jentik, ni kan lagi yang bukan kasih lahir dia. Tapi ni lelaki jahanam berani-berani pukul si baby. Dalam hati saya, berabis sudah saya mau menyumpah-nyumpah si Carlos. Saya berharap betul dia mati overdose dadah!.


Betul-betul lelaki JAHANAM!.

"GO TO HELL CARLOS!! GO TO HELL!!" Saya teriak-teriak dia sana.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA".

Bila dia nampak saya teriak-teriak. Dia ketawa pula 😭. Betul-betul macam tu gaya syaitan sudah. Dalam masa tu, saya bertekad untuk lari dari si Carlos. Dengan cara apa sekali pun, saya MESTI cari jalan untuk lari. Biar saya mati, asal si baby selamat. Saya peluk ketat badan si baby. Saya mesti lindungi dia. Dalam keadaan saya macam tu, saya terfikir mau bunuh si Carlos. Lagi pun, saya pun masih tidak waras sebab di bawah pengaruh dadah. Saya beranikan diri mau melawan si Carlos.


Saya berdiri, cepat-cepat berlari pigi dapur dan saya pigi tarik pisau. Saya memang nekad sudah mau bunuh Carlos 😡. Inda sangka masa saya keluar tu, dia pigi bubut saya. Lagi cepat dia bertindak pigi tendang saya, sampai saya terpelanting di dinding. Dia cekik saya kuat-kuat. Si baby pula nangis-nangis sudah di hujung bilik. Saya inda dapat bernafas. Kuat dia cekik leher saya.


Tok! Tok! Tok!..


Betul-betul saya bersyukur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu masa tu. Baru si Carlos kasih lepas tangan dia 😭.


"Shit! Pigi masuk bilik dan kau duduk senyap sana! Kalau tidak, kau sama baby saya akan BUNUH! Tu video kau saya kasih sebar! Kau mau macam tu?! Baik kau berdiri cepat!" Dabilang mengugut saya😭.

"Puihh!! Syaitan!!" Terus saya ludah muka dia.


Pappppp!!! Sempat lagi dia tampar saya😭.


Mau nda mau, terpaksa saya berlari masuk bilik. Bukan saya apa, cuma saya takut dia kasih apa-apa si baby 😭. Rupanya, orang yang ketuk pintu tu kawan-kawan si Carlos.
Saya dalam bilik peluk-peluk sayang si baby yang masih dalam keadaan menangis. Begegar satu badan dia. Muka dia nampak takut 😭. Kesian betul si baby. Semuanya silap saya! Saya yang terus-terus terima si Carlos dalam hidup kami. Saya tidak sangka ni yang akan terjadi di kemudian hari.


Carlos pula saya dengar rancak bercerita sama kawan-kawan dia di luar. Suara perempuan pun saya dengar. Baru perempuan thai lagi tu. Saya malas untuk ambil tahu apa yang dorang buat. Rumah saya sudah jadi markas pertemuan diorang. Tempat untuk dorang melepaskan nafsu syaitan! Jijik sudah saya tinggal dalam rumah sendiri. Cukup JIJIK!.


Saya ambil masa kasih tenang diri saya waktu tu. Tiba-tiba saya dengar suara si Carlos marah di luar. Say cuba pasang telinga dan dengar apa yang dia cakap dan marah.


"Jangan kau pernah sebut ayat itu lagi Kavin! Kalau kau tidak mau kepala kau terbang sana!" Dabilang.


Lepas tu, saya dengar suara lelaki lain.


"Saya mau cuba bini kau saja mah.. Saya mau rasa Sabah punya orang".

😱 Punya main terkejut saya dengar tu lelaki cakap begitu! Sampai saya takut terus menangis. Begegar seluruh badan saya 😭. Betul-betul mengerikan dengar tu ayat lelaki😭  Tuhan, apa patut saya buat dalam keadaan macam ni?. Saya takut! Sangat-sangat takut!.

RINTIHAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now