RINTIHAN SEORANG ISTERI PART 11

1.7K 87 8
                                    

EDITED BY EVA CHRISTIAN
STORY BY KAREN

🌷RINTIHAN SEORANG ISTERI

PART 11.

Genap sebulan saya kerja di workshop, saya ambil lagi part time kerja di saloon. Siang di ofis, malam di saloon. Penat memang penat, tapi saya terpaksa terus kan juga. Bila saya lalai buat kerja, maka saya boleh perlahan-lahan kasih lupa tentang Carlos. Carlos? Khabar yang saya dengar dari mummy dia. Carlos kena kasih masuk pemulihan. Ada juga Carlos cari saya dabilang, tapi saya memang tidak akan mau jumpa dia lagi. Saya takut untuk berhadapan dengan dia. Sebab saya cukup trauma. Menyebut nama Carlos saja saya inda sanggup. Apa lagi mau bersua muka. Mengingat segala kelakuan dia yang dulu saja pun sudah bikin saya mengigil. Perasaan jijik, benci dan amarah masih kuat. Sebab itu, saya tidak pecayakn lelaki lagi selepas itu kejadian hitam. Bagi saya, durang hanya pembawa bencana dalam hidup saya.

**********

1 TAHUN KEMUDIAN....


Tiba-tiba hari tu, mummy Carlos hubung saya dan bawa saya untuk berjumpa. Inda juga saya tolak lah, jadi kami set di satu tempat. Happy muka dia nampak saya dari jauh.

"Mummy miss you Karen" Dabilang.


"Miss you too my" Sabilang.

Bepeluk kami sambil menangis, sempat lagi dia cium pipi dan dahi saya. Terharu saya, ibu ini terlalu baik bagi saya.


"Karen, mummy datang mau bagi ni dokumen" Dia hulur saya satu dokumen dalam sampul surat A4.

Tanpa ragu, saya ambil dan pelan-pelan saya buka sampul surat tu warna putih. Saya tarik tu kertas di dalam. Saya baca lah. 😔 Rupanya, surat tu mengata kan bahawa Carlos telah  mencerai kan saya. Begegar saya tebaca tu isi kandungan surat. Perasaan bercampur baur. Sebenarnya, bukan macam ini yang saya minta dalam hidup. Bukan surat cerai yang saya impi kan selama hidup sama-sama Carlos. Tapi, kebahagiaan dan kasih sayang yang saya mahu. Lepas saya baca tu, saya cuba tenangkan diri saya dan saya peluk mummy Carlos.

"Thank you my" Sabilang.

Mummy Carlos pun peluk saya dengan erat.

"Karen, biar pun Carlos kasih cerai, saya tetap anggap kau sebagai anak saya sampai bila-bila, Carlos urus cerai kau pun, sebelum dia jalan pigi Dubai" Dabilang.

"Ya my, saya tau dan saya tidak akan pernah kasih lupa kebaikan kamu sama saya juga, saya bersyukur pernah hadir dalam hidup kamu biarpun sekejap" Sabilang.

Meluahkan perasaan juga saya sama mummy Carlos. Beberapa jam kemudian, kami pun berpisah. Dan, saya balik rumah dengan  perasaan yang tidak menentu. Gembira ada, kecewa pun ada. Sampai rumah, saya buka balik tu surat. Dalam sampul tu, ada pula surat Carlos untuk saya dia tulis.


"Dear Karen..
Saya minta maaf menyakitimu..
Saya yang bodoh kerana membiarkan diri saya di pengaruhi kawan-kawan..
Saya tahu kamu tak akan mampu memaafkan saya..
Saya tahu luka yang saya bagi, begitu dalam untuk kamu..
Saya sayang kamu Karen..
Cinta saya hanya untuk kamu..
Tapi, saya sudah memusnahkan hubungan kita..
Saya harap, dengan menceraikan kamu..
Kamu boleh memaafkan saya..
Rumah ini masih tetap milik kamu..
Segalanya milikmu masih ada di sini..
Datang lah bila kamu merinduinya..
Saya akan pergi jauh dari sini.. Juga jauh dari hidup kamu..


Saya begegar menangis masa baca surat yang si Carlos tulis. Meski pun dia jahat, tapi ada kenangan yang indah terukir di antara kami. Kenapa dia buat saya macam ni sebelum tu!  Saya benci semua apa yang terjadi sampai kami jadi begini! Dan, mulai saat tu, saya bertekad ambil keputusan untuk tidak mengingat pasal dia lagi. Saya akan kubur dalam-dalam kenangan manis dan pahit tentang Carlos. Hati saya meraung kesakitan.


Meski pun terjadi begini. Tapi, saya tetap masih  berhubung dengan family Carlos. Segala perkembangan saya dan si baby, semua durang tahu. Kadang durang mahu tolong, tapi saya tidak mau terima. Saya takut untuk menerima apa yang durang bagi, sebab saya tahu. Durang masih berharap yang saya dan Carlos akan kembali bersatu semula. Tapi, sungguh mengerikan untuk membayang andai saya dan Carlos bersama kembali. Rasa jijik saya terhadap Carlos, tidak akan pernah terhapus.

**********

Masuk setahun lebih saya kerja di  workshop. Ada adik bos datang dari KL. Di sini lah sekali lagi saya teruji dan berdepan dengan perangai syaitan. Mulanya, saya ingat dia baik, sebab peramah. Tidak sangka pula, itu hanyalah  topeng. Dia sering kali cuba ambil kesempatan untuk menyentuh dan memeluk saya masa tiada orang dalam ofis. Sampai lah satu hari tu, masa ni saya baru keluar dari tandas. Tiba-tiba dia terus peluk saya dari belakang dan tolak saya masuk tandas dengan kasar.

Berabis saya teriak-teriak, tapi dia terus tutup mulut saya. Ingatan saya balik macam apa yang si Carlos buat 😭. Perasaan trauma muncul menyerang saya. Berabis saya tendang-tendang dia yang kesiokan meramas-ramas badan saya. Bila saya terlepas, saya tolak dia sekuat hati dan lari keluar cepat-cepat. Dia kejar dan tangkap saya balik. Saya meronta dan tampar dia. Syukur! Masa tu, ngam-ngam bini bos datang. Terkejut dia.


"Kenapa ni?" Dia tanya dalam kerisauan.


"Tanya lah ni orang! Berani dia kurang ajar!" Sabilang.

"Ni Janda, dia goda-goda saya mah.. Bila saya peluk, dia pura-pura jual mahal" Dabilang.


Membara terus kemarahan saya di sana! Mentang-mentang lah saya JANDA! Saya kana  fitnah lagi!. Bini bos tingu kami dua. Tiba-tiba, tu adik bos @ bantaton, terus jalan kasih tinggal kami. Dalam hati saya, menyumpah-nyumpah sudah berabis.


"Saya mau resign 24 hours" Sabilang.

Mulanya dia tidak mau terima, tapi lepas saya explain perangai adik ipar dia, dan saya sudah tidak tahan dengan gangguan. Akhirnya dia terpaksa akur. Rezeki saya tertutup lagi gara-gara saitan yang tidak habis-habis mengacau kehidupan saya. Malang betul nasib! Ntah apa lah yang akan terjadi dalam hidup saya selepas ni.


Lepas resign dari workshop. Saya hanya bekerja di saloon saja. Saya cuba-cuba juga cari kerja lain, tapi nampaknya tiada rezeki untuk saya. Masa bekerja di saloon ni lah saya tejumpa banyak ragam customer. Tidak kurang juga lelaki miang. Ada yang mau berkenalan juga kunun. Lepas tu, ada juga yang berabis mengurat. Macam lah saya tertarik lagi dengan manusia yang bernama lelaki masa tu. Saya tidak juga cantik sangat bah, tapi tidak tahu kenapa ada saja yang cuba untuk mendekati.


Sedangkan saya cuba untuk mengelak manusia bergelar lelaki saat tu. Lebih-lebih lagi ada yang sudah kawin. Memang pantang lah kalau mau cuba-cuba kenyit mata. Cepat-cepat saya sound. Saya sudah berjanji sama diri sendiri dan juga ibu bapa saya, yang saya tidak akan kawin lagi sampai bila-bila. Saya tersangat serik. Biarlah Carlos lelaki terakhir dalam hidup saya. Time kerja di saloon juga lah saya mengenali ramai kawan. Ada yang kerja di pub, ada juga yang kerja di government. Dan, durang juga macam  saya. Wanita bergelar JANDA.


Yang di curangi oleh suami. Inda sangka juga saya kami serasi. Satu kepala. Durang lah kawan saya saat susah dan senang. Sampai saat ni, durang tetap setia di hidup saya. Durang juga lah yang ajar saya apa itu clubbing. Baru saya tau kenapa Carlos suka pigi clubbing dulu. Rupanya seksa seksi perempuan dalam pub. Bukan mahu mengata, tapi tulah kenyataan. Tidak kurangnya juga diri saya. Makin lama makin upgrade sudah si Karen. Rambut jangan cakap. Memang hilang sudah hitam dia. Dan, gara-gara kerja di saloon lah orang kampung gelar saya PELACUR. Bagi durang, kalau perempuan yang kasih kaler-kaler rambut ni, memang sah pelacur sudah. Sangat sempit pemikiran siurang bukit. Macam inda pernah nampak urang bekaler rambut. Ada-ada saja mau di cakap.



RINTIHAN SEORANG ISTERIWhere stories live. Discover now