13

1K 143 1
                                    

Sampai je rumah, aku terus pergi dapur untuk membasahkan tekak. Haus sangat. Aku letakkan gelas atas meja kemudian ambil sebotol air sejuk dari dalam peti ais. Baru sahaja aku hendak menyisip air sejuk tadi bila dia tiba-tiba datang dan ambil gelas itu dari tangan aku.

Dan dia minum dengan selambanya.

“Yaishh! Kalau nak minum tuanglah sendiri, tak perlulah ambil orang punya.” Aku bersuara tegas. Geram. Aku rampas semula gelas itu dari tangan dia.

Dia pandang aku, tegang sahaja wajahnya. “Weh tahi, itu gelas aku.”

Do I care?”

Dia mara ke arah aku dengan kadar yang laju sampai aku tak sempat nak elak. Hasilnya aku tersedak air dan baju aku basah akibat tertumpah air.

Always remember your's place.” Dia terus berlalu.

Lihatlah, betapa teruknya perangainya bila menghadap aku. Kenapa dia susah nak layan aku baik-baik macam mana dia layan orang lain?

Sebenarnya apa juga kesalahan aku pada dia?

[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔Where stories live. Discover now