40

1.1K 135 10
                                    

Aku tersentak apabila terdengar bunyi ada kaca terjatuh di luar. Jadi aku keluar dari bilik semata-mata untuk melihat apa yang berlaku. Ibu sudah balik kelmarin, jadi hanya aku sahaja yang berada di sini dengan Yoongi. Tapi dia belum balik sejak tadi, dan kemungkinan itu dialah.

Tetapi, kenapa dengan sampai kaca pecah?

“Yoongi?” Seru aku, sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik.

Namun tiada jawapan yang aku dapat. Baru sahaja aku mahu melangkah turun, aku dengar jeritan dia dari dalam biliknya. Kedengaran sangat frustasi dan tertekan. Jadi sudut naluri kemanusiaan aku berkata supaya pergi menenangkan dia.

Pintu biliknya aku tolak, lalu aku masuk ke dalam dengan langkah yang perlahan.

“Yoongi, kau okey tak? Yoongi?”

Hey.” Aku segera menoleh ke belakang setelah terdengar suaranya. Dia nampak serabut, dan wajahnya berona merah.

Dia, minum?

Pintu ditutupnya lalu dia menghampiri aku. Setapak demi setapak aku mengundur ke belakang bila melihat dia yang seperti dirasuk. Dada aku berdebar hebat.

“W-weh k-kau k-kenapa n-ni?” Aku terbata-bata menanya dia.

Tanpa sempat aku mengelak, tubuh aku ditolaknya ke belakang dan aku terjatuh di atas katilnya.

“Yoongi, aku merayu jangan...”

Rayuan aku diendahkannya, dia berada di luar kawalan, aku yang menjadi mangsa.

[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔Where stories live. Discover now