“Jimin!!” Aku menjerit keriangan lalu melompat turun dari katil. Tergesa-gesa ke arahnya. “Seriously, ni Jimin ke?” Soal aku sambil tekup kedua pipinya.
Dia kerutkan dahi pandang aku. Setelah itu, dahi aku dijentiknya. “Ya ini akulah, Jimin.” Aku lepas pipi dia semata-mata untuk usap dahi aku yang sakit akibat dijentik. “Yang kau excited semacam ni dah kenapa?” Tanyanya.
Aku mencebik. Apalah dia ni, takkanlah aku menangis pula, kan? “Mestilah aku teruja sebab kau dah balikkan, takkanlah aku nak menangis pula kat sini? Ishh.. Mamat ni, aku luku juga nanti.”
“Amboi, ada hati nak luku orang. Wehh, adab mana, adab? Aku tua dari kaulah, budak!”
“Hish, tua beberapa bulan je, pun nak berkira.”
“Tak kisahlah, aku tetap lagi tua.”
Jimin inikan, memang tak boleh nak mengalah dengan aku. Dari dulu lagi, asyik nak menang saja. Mulut aku muncungkan tanda mengajuk.
“Hah, nak mengajuk lagilah tu. Eleh dah besar panjang, dah kahwin dah pun, masih lagi dengan perangai budak-budaknya,” Jimin ejek aku. Senyumannya dia tahan bila aku jeling dia. “Yalah budak, janganlah mengajuk. Aku ada belikan kau hadiah ni.”
Dengar sahaja hadiah, telinga aku terus tegak. Tersengih-sengih aku jadinya. Tak jadi nak mengajuk. “Hehe, abang belikan adik hadiah ke?”
“Hodoh.”
“Eleh, hodoh pun adik abang juga.”
Dia tersengih.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔
Fanfiction[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. HEARTLESS HUSBAND \ M.YOONGI ❝ dia mungkin bukan cinta pertama aku tetapi dialah yang terakhir di dalam hidup bahkan sehingga ke akhir nafasku ❞ C...