Termasuk hari ini, sudah dua hari aku duduk di rumah ibu dan ayah angkat aku. Dan belum ada lagi kelibat lelaki bernama Min Yoongi itu ke mari. Jangan katakan dia datang sini, mesej aku pun langsung tak ada. Apatah lagi menghubungi aku, tunggu musim bunga akan datang pun belum tentu ada.
Disebabkan berasa hampa dengan itu, telefon aku baling atas permukaan tilam dan badan aku rebahkan ke belakang. Kepala aku tergantung sebab keadaan aku baring cukup-cukup di tepi katil. Melihat jam di dinding secara terbalik, membuat aku pening jadi aku pejamkan mata.
Nafas aku hela perlahan.
Nampaknya aku yang sebenarnya tewas dengan ego aku.
Pintu bilik dibuka oleh seseorang, menarik perhatian aku lantas mata dibuka. Melihatkan sahaja figura seorang lelaki di hadapan pintu, mata aku terus terbeliak. Terkejut.
Yang benar dia ada di sini?!
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔
Fanfiction[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. HEARTLESS HUSBAND \ M.YOONGI ❝ dia mungkin bukan cinta pertama aku tetapi dialah yang terakhir di dalam hidup bahkan sehingga ke akhir nafasku ❞ C...