38

1K 130 0
                                    

Aku mengetuk pintu bilik ibu beberapa kali, sehinggalah kedengaran. Aku tahu tindakan aku agak biadap kerana menggangu masa tidur ibu pada waktu tiga subuh ini. Namun sejak aku lihat apa yang dilakukan oleh Yoongi tadi, aku jadinya tidak tenang. Aku tak boleh tidur semula. Apabila pintu ibu buka, perasaan keterujaan aku meningkat.

“Heejune,” Mata ibu terpisat-pisat melihat ke arah aku. Dahinya berkerut, hairan barangkali. “Ada apa ni? Heejune sakit ke?”

Aku tersenyum lembut lalu menggeleng. “Taklah, bu. June cuma tak boleh tidur sebab ada sesuatu yang ganggu fikiran June. Pasal, Yoongi?”

Ibu terdiam seketika. Setelah itu dia mengangguk tanda faham. “Masuklah June, kita bercakap di dalam.”

Setelah mendapat keizinan, aku masuk ke dalam bilik ibu dan duduk di birai katil. Ibu menutup pintu lantas turut duduk di sebelah aku.

“Jadi, berkaitan apa yang June mahu tanya ini? Ibu jadi tertanya-tanya pula.”

“Begini bu, tadi June tak sengaja nampak Yoongi sedang—” Aku gantung ayat sekejap, sebenarnya aku masih ragu-ragu untuk pasal hal ini. Sebab, bukankah ia privasi Yoongi? Salah kalau aku menyibuk.

Tapi, dia suami aku, kan?

Jadi, aku ada hak untuk tahu semua tu.

[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔Where stories live. Discover now