19

1K 142 6
                                    

“Kau tak balikkah?” Tanyanya. Aku diam dan geleng.

“Apahal pula?” Dia bertanya lagi. Aku naik sebal. Dia bukan kisah pasal aku, kan. Jadi tak perlulah mahu berlakon prihatin situ.

“Aku ada hal sikit. Kau baliklah dulu,” Kata aku, wajahnya aku pandang sekilas sebelum buang pandangan pada Sejeong. “Jangan lupa, hantar kawan istimewa kau tu.”

Sengaja aku tekankan perkataan istimewa itu dengan harapan dia terasa.

“Hal apa? Kenapa kawan kau tu tak ikut sekali?”

Aku mencebik sinis. Pura-pura lupa pula dia. “Lupakah, Doktor Min Yoongi? Aku bukan dibawah seliaan kau, jadi sebab itulah hal aku ini, tiada mengenanya dengan Sejeong.”

Ucap aku, dan aku terus berlalu.

Bukan ada kerja penting pun sebenarnya, aku saja mau jalan-jalan.

Salahkah?

[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔Where stories live. Discover now