Aku keluar dari persembunyian lalu terus melompat naik atas belakang Jimin. Lehernya aku paut erat sambil ketawa aku meletus. Aku nak kenakan dia.
“Gotcha! Berat tak? Biarlah abang sengsara situ, adik tak nak turun. Siapa suruh kenakan adik kelmarin, jadi adik kenakan abang semula. Lagipun, adik saja nak manja-manja dengan abang harini..” Rengek aku, pautan lengan aku pada lehernya semakin dieratkan. Kepala aku daratkan di bahunya.
Aku dengar dia menggumam halus, namun aku endahkan sahaja. Pedulikan dia.
“Err.. Heejune?” Kepala aku tolehkan ke arah pintu bila aku dengar nama aku diseru. “Kau buat apa tu, dik?” Kedengaran suara Jimin meleret, seperti kehairanan.
Seperti baru ditampar dengan realiti, aku segera menoleh semula ke arah lelaki yang aku anggap Jimin tadi. Terus mata aku membuntang. Peluh dingin terasa di dahi. Aku melompat turun dari belakangnya.
Lutut aku rasa longgar.
Lagi-lagi bila tengok, Yoongi di sebelah Jimin.
YOU ARE READING
[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔
Fanfiction[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. HEARTLESS HUSBAND \ M.YOONGI ❝ dia mungkin bukan cinta pertama aku tetapi dialah yang terakhir di dalam hidup bahkan sehingga ke akhir nafasku ❞ C...