21

1.1K 148 6
                                    

Aku pejamkan mata sambil pelipis aku urut perlahan. Cuba menenangkan diri.

“Sebenarnya apa juga masalah kau ni, huh? Kalau tak bergaduh dengan aku tak bolehkah? Kenapa macam kau benci sangat dengan aku, ya? Apa yang kau tak puas hatinya dengan aku? Cuba katakan apa dia?” Tanya aku bertubi-tubi.

Dia diam. Tapi aku tahu dia menahan marah bila melihat rahangnya bergerak-gerak. Anak matanya tajam menikam mata aku. “Betul kau mahu tahu?”

Aku angguk dengan yakin sekali.

“Aku benci kau, sangat-sangat. Dari mula kau jadi pengganti dia sehingga ke hari ini. Kesalahan terbesar kau, sebab kau mahu jadi isteri aku. Maka terimalah yang aku tidak, akan, pernah, anggap kau lebih dari sekadar pengganti. Hanya orang luar, faham?”

Hati aku terasa berapi di dalam, sehingga seluruh muka aku terasa hangat. Mungkin sebab malu kerana dimalukan begini, dan juga mungkin kerana aku marah. Entahlah, aku bingung.

Aku menarik nafas dalam, lalu hembus dengan kasar. “Kalau begitu, anggap sajalah aku sebagai orang luar. Pedulikan aku, tak perlu berpura-pura prihatinkan aku, dan jangan sibuk dalam hal aku. Faham, Doktor Min Yoongi?”

Dia menjarakkan dirinya sedikit, seperti tergamam dengan apa yang baru aku katakan.

“Baiklah, aku faham. Sekarang, dipersilakan keluar dari rumah aku.”

[DIBUKUKAN] Heartless Husband ✔Where stories live. Discover now