Prolog [part 1]

2.5K 46 0
                                    


"DAMN IT!" Berkali-kali perkataan yang sama terbit dari bibir itu. Pedal minyak ditekan rapat. Mengejar waktu yang seperti tidak mahu kalah bersaing dengannya.

Wajah yang selalu tenang sudah lama berubah beku sejak kehilangan cahaya hidupnya. Dan hari ini wajah yang sememangnya sudah beku seperti disalut salju tebal menambahkan kebekuan berganda.

"Damn it!" Seranah terbit lagi di bibirnya.

Kali ini dia tidak mahu kalah. Satu nyawa perlu diselamatkan. Dia tidak boleh kehilangan nyawa itu. Nyawa yang akan memberi peluang untuknya mengembalikan cahaya di dalam hidup yang terasa kelam ketika ini. Dia perlukan nyawa itu!

Tiba-tiba dentuman kuat menyapa telinga. Membingitkan sesiapa yang mendengar. Malangnya kawasan di mana mereka berada tidak punya penghuni lain.

Tidak jauh dari mereka sebuah treler menghentam BMW X6 hingga terbabas jauh dari jalan utama, hampir jatuh ke gaung yang curam.

Brek ditekan rapat. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Kening berkerut seribu melihat imej BMW yang kini tidak lagi berupa kereta mewah.

'Terlambatkah aku?' Soalan itu bermain di kepala sebaik dia keluar dari perut kereta.

"Bos," seru Rocky separuh berbisik. Sedari tadi dia hanya membisu di sisi lelaki itu. Membiarkan majikannya diamuk perasaan sendiri.

Matanya sudah menangkap kelibat pemandu treler yang mula melangkah ke arah BMW X6 yang bila-bila masa sahaja akan jatuh ke dalam gaung.

Bagai tidak cukup menghentam pemandu BMW X6 itu dengan treler, tetap mahu memastikan nyawa berpisah dari badan. Hutang darah tetap perlu dibayar dengan darah!

"Shoot him!" arah si majikan tanpa emosi.

Dia melangkah menghampiri BMW X6 yang bila-bila masa sahaja bakal menjunam ke dalam gaung. Masa terlalu singkat.

Rocky langsung tidak teragak-agak mengikut arahan. Dan pemandu treler itu menjadi mangsa pistol di tangannya.

Terkejut dengan kehadiran 'tetamu' tidak diundang membuatkan si pemandu treler bertindak melarikan diri. Peluru yang 'dihadiahkan' oleh 'tetamu' yang tidak diundang itu hanya terbenam di lengannya. Tidak menjadi kudis buatnya yang menjadikan peluru dan pisau mainan hidup.

"Let him go," arah si majikan bila Rocky cuba mengejar buruan yang melarikan diri. Bukan pesalah yang perlu diberi perhatian. Nyawa yang bakal berpisah dari badan yang perlu diselamatkan.

"Help me," arahnya lagi.

Rocky laju melangkah ke arah tempat duduk pemandu. Pintu yang remuk menyukarkan proses menyelamatkan mangsa. Masa pula bagaikan musuh yang cuba menghalang mereka.

"Macam mana?" soal si majikan dingin. Namun ada terselit nada resah melihat wajah bersalut darah di hadapan mata.

Tidak pasti masih adakah nyawa yang enggan meninggalkan jasad itu. Atau hanya tinggal jasad kosong yang tidak mampu menbantunya mengembalikan cahaya yang hilang?

"Hidup lagi," balas Rocky serius.

Untuk sekian lama, senyuman nipis bergayut di bibir majikannya. Sekejap cuma bagai senyuman itu tidak pernah wujud.

"Kau tahu apa kau perlu buat."

Rocky tidak bertanya lagi. Faham apa yang dimahukan majikannya. Segalanya akan diatur mengikut perintah.

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now