Bab 5

1K 23 0
                                    

HIJAM menepuk bahu sahabatnya itu. Wajah sugul Ghazi dipandang simpati. Tiada kata yang mampu diungkap untuk menyedapkan hati Ghazi ketika ini.

Dia sebagai sahabat hanya mampu menunjukkan sokongan. Membantu jauh sekali. Dia tidak punya kemampuan dan pengaruh untuk itu.

Jika Ghazi sendiri gagal menjejak Batrisyia, lagikan dia yang tidak punya kuasa. Terletus keluhan berat di bibir.

Pasangan yang sentiasa hangat menyulam cinta dipisahkan tanpa rela. Hati suami mana yang tidak tersayat bila isterinya dirampas begitu sahaja?

Kalau dia yang berada di tempat Ghazi tentu sahaja hilang semangat hidup. Isteri, jiwa seorang suami. Hilangnya isteri, hilang juga cahaya. Bagaikan roh yang tidak sempurna.

"Semua salah aku," luah Ghazi menyalahkan diri.

Hijam mengeluh lagi. Bukan pertama kali Ghazi menyalahkan diri. Sudah berkali-kali.

"Kau tak salah."

"Kalau aku tak pandai-pandai..."

Ghazi tidak meneruskan kata. Diraup wajah berkali-kali. Kesal. Jika bukan kerana dia yang menyiasat tentang latar belakang ayah kandung Batrisyia, semua ini takkan terjadi. Batrisyia tentu masih berada di sisinya.

Dia tidak menyangka siasatannya mengheret musuh ke dalam hidup mereka. Tidak pasti kenapa setelah dua tahun baru musuh itu bertindak.

"Kalaulah aku..."

"Bukan salah kau," potong Hijam.

Ghazi tertawa sinis. Kalaulah dia membiarkan sahaja soal ayah kandung Batrisyia terkubur begitu sahaja, semua ini takkan terjadi.

Mereka tidak perlu tahu. Dan musuh mereka juga tidak akan mula curiga. Malang sekali menyesal di kemudian hari tiada gunanya.

"Trisy takkan salahkan kau."

Ghazi tersenyum sinis kala wajah indah itu terlayar di mata. Tidak tahu tentang keadaan Batrisyia meresahkannya. Bimbang andai Batrisyia dicederakan musuh.

"We will find her," ucap Hijam cuba menyedapkan hati Ghazi biarpun dia sendiri kurang yakin.

Musuh yang perlu dihadap bukan mudah untuk ditewaskan. Dia bimbang Ghazi sendiri akan terkorban jika mereka tidak berhati-hati. Namun  dia tahu Ghazi takkan mengalah.

Biar terpaksa bertaruh nyawa, Ghazi tetap akan mendapatkan kembali Batrisyianya. Sekali lagi keluhan berat terletus di bibirnya.

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now