Bab 4

1K 20 0
                                    

"BATRISYIA."

Suara garau yang menyapa telinga membuat tubuh Batrisyia menggigil gentar. Dia menelan liur yang terasa berpasir setiap kali lelaki itu muncul di hadapannya.

Derap langkah yang menghampiri buat Batrisyia mengundur menjauh. Makin hampir lelaki itu makin kaget Batrisyia jadinya.

Jantungnya berdegup laju. Biar dia cuba memberanikan diri, rasa takut itu tetap juga menyelinap di segenap ruang hati bila berdepan dengan lelaki itu.

Joshua tersenyum sinis. Langkahnya terhenti kala jarak di antara mereka hanya selangkah sahaja lagi. Memberi ruang untuk 'banduannya' bernafas bebas.

Matanya tajam menikam sepasang mata biru yang tidak dapat menyembunyikan rasa takut terhadapnya. Biarpun begitu Batrisyia tidak menunduk takut. Malah sepasang mata itu menentang kembali renungannya.

Jemarinya mendarat di pipi mulus Batrisyia. Batrisyia memalingkan wajah ke arah lain. Tidak sudi disentuh lelaki asing yang tidak punya hak ke atasnya.

Makin sinis senyuman di bibir Joshua dengan penolakan Batrisyia. Jika dia mahu bila-bila masa sahaja dia boleh menjadikan Batrisyia miliknya.

Batrisyia tidak mampu menolak. Tidak punya daya melawan. Apalah sangat daya wanita muda itu.

"Forget about him," ucapnya sinis. Ucapan yang mengandungi amaran

Batrisyia diam tidak berkutik. Sepatah kata pun tidak terluah dari bibirnya. Ucapan lelaki itu menyiat hatinya.

Mana mungkin dia lupa pada suami sendiri. Sama sekali tidak. Mustahil!

Melihat wajah cantik yang sekelip mata berubah suram itu, Joshua tertawa kecil. Puas hati dapat meranapkan harapan Batrisyia. Dia mahu Batrisyia sedar tiada jalan keluar setelah jatuh ke dalam genggamannya!

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now