"TURUNKAN trisy!"
Garang suara sang isteri tidak membuatnya gentar. Tubuh itu tetap juga dicempung tidak peduli jika ada mata yang memandang.Jelingan mata biru yang kini menyala apinya tidak diendahkan. Malah suka dapat mengusik Batrisyia begitu. Menghangatkan api cinta mereka.
"Abang!" deram Batrisyia geram. Sakit betul hati bila Ghazi mula menunjukkan kuasa veto seorang suami. Wajahnya berbahang malu.
Mana mungkin tidak terasa begitu bila Ghazi sesuka hati mencempung tubuhnya di ruang tamu. Bila-bila masa sahaja mentuanya yang berada di laman boleh melangkah masuk ke ruang tamu dan dapat melihat kenakalan anak sendiri.
Lagi merisaukan jika Danish yang bermain di laman bersama neneknya turut menjadi saksi jika dia tidak bernasib baik. Mana mahu diletakkan muka?
Si kecil Danish walaupun baru 2 tahun usianya begitu petah berbicara. Adakalanya dia sebagai ibu hilang kata mendengar bicara si kecil.
"Turunkan Trisy. Please," pinta Trisy mengharapkan Ghazi melepaskannya. Kali ini suaranya berubah lembut memujuk.
Ghazi tersenyum sinis. Taktik garang tidak terkesan padanya. Takit memujuk rayu pula yang digunakan sang isteri. Pandai benar.
Malang sekali isterinya tidak akan terlepas. Bukan salahnya bila Batrisyia sendiri yang bermain dengan api.
Bibir itu yang lebih dahulu menggodanya. Bibir itu yang begitu berani memagut bibirnya kala dia leka menonton televisyen. Dan dia lebih lagi ingin membalas kenakalan sang isteri.
"Sorry, darling. Trisy yang mulakan," balas Ghazi dengan senyuman mengejek.
"Abang!" deram Batrisyia sakit hati. Dia hanya mencuri cium bibir suami sendiri. Takkan itu pun salah?
"Turunkan Trisy. Danish kat luar tu," tingkah Batrisyia tidak putus asa. Dia cuba meronta untuk bebaskan diri. Malang sekali tubuh sang suami seperti gunung yang terpasak kemas di bumi. Tidak berganjak dengan rontaannya.
"I don't mind," balas Ghazi nakal.
"I do mind!" bentak Batrisyia bengang. Matanya merenung tajam sang suami menyatakan rasa tidak puas hati.
Kala mata bertentang mata, suara si kecil menyapa gegendang telinga. Membuat suami dan isteri berpaling serentak ke arah si kecil yang tersengih menampakkan barisan gigi halus yang tersusun cantik.
"Mama," panggil Danish mendapatkan Batrisyia dan Ghazi.
"Sayang," seru Batrisyia serba salah. Dia menjeling Ghazi meminta Ghazi melepaskannya. Malang sekali Ghazi berpura-pura tidak faham maksudnya.
"Besar nanti Danish nak dukung mama jugak," ucap Danish petah dengan mata biru yang bercahaya memandang si mama yang berada di dalam dukungan papanya.
Hampir tersedak Batrisyia mendengar komen itu. Semua salah Ghazi!
"Danish tak boleh dukung mama," tutur Ghazi tenang. Tiada sedikit pun riak bersalah di wajah itu.
"Kenapa tak boleh?" soal Danish keliru.
"Papa aje yang boleh dukung mana. Danish boleh dukung isteri Danish bila dah besar nanti. Mama milik papa."
"Abang!" deram Batrisyia geram. Entah apa yanh diajarkan pada si kecil yang belum mengerti apa-apa lagi. Mahu diajar si kecil membuli isteri sendiri pula.
"Kenapa, sayang?" soal Ghazi tersenyum lebar.
"Jangan nak ajar Danish yang bukan-bukan."
"Apa maksud Trisy?" soal Ghazi pura-pura keliru.
Batrisyia mendengus kasar. Faham sangat dengan sikap suami sendiri. Bila sudah pura-pura begitu tiada guna untuk dia menerangkan apa-apa.
"Let... me... go!"
"No," tolak Ghazi melangkah ke tangga mahu naik ke bilik.
"Papa nak pergi mana? Danish nak ikut."
"Danish pergi main dengan nenek. Jangan kacau papa. Papa nak bagi Danish adik," arah Ghazi selamba.
Bulat mata Batrisyia memandang suaminya yang terlalu selamba memanjat naik satu per satu anak tangga hingga tiba ke bilik mereka. Danish pula tidak membantah. Anak yang cukup baik. Sentiasa mendengar arahan papanya.
"Abang... jangan nak buat bukan-bukan," tingkah Batrisyia cuba meronta untuk lolos. Sayangnya tubuhnya dengan mudah direbahkan ke katil.
"Bukan-bukan, hurm?" Kening Ghazi terjongket mempersoalkan maksud sang isteri. Jemarinya melata di leher jinjang Batrisyia.
"Siapa yang berani main api... kena sanggup terbakar sama," ucap Ghazi tenang sebelum membakar sang isteri dengan bara cintanya yang takkan pernah padam.
YOU ARE READING
Bad Boy Returns
RomanceFor your info Muna tengah open preoder untuk Bad Boy Returns. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. . Bahagia... sampaikah ke hujung nyawa? Atau akan hadir dugaan yang memisahkan dua jiw...