Bab 1

1.7K 32 0
                                    

JEMARI yang bermain-main di pelupuk matanya membuat senyuman bergayut di bibir di pagi yang dingin. Dia kenal benar jemari siapa yang berani mengusik matanya begitu. Dan tahu apa yang ingin dilihat sang suami.

Mata terus dibiarkan pejam. Sengaja melengahkan waktu. Pura-pura masih tidur.

"Trisy nak terus pejam mata atau..." Ayat itu digantung dengan nada amaran yang menjanjikan hukuman pada isteri yang cuba menipunya. Jangan ingat dia tidak perasaan senyuman yang tersugil di bibir sang isteri biarpun hilang sekelip mata.

Perlahan-lahan sepasang mata biru itu celik memandangnya. Terlorek senyuman di bibir Ghazi. Batrisyianya sentiasa akan 'kalah' bila diugut begitu. Sudah faham benar hukuman yang bakal dijatuhkan jika berani ingkar perintah suami.

Batrisyia memicingkan mata birunya. Bibir memuncung menayang protes. Suka benar mengugutnya.

"Tak puas hati, hurm?" soal Ghazi dengan kening terjongket mencabar sang isteri.

"Tak adil," komen Batrisyia senada.

Ghazi gelak besar mendengar komen itu. Adil? Dia suami. Tentunya kuasa suami lebih besar. Bukan soal adil atau tidak.

"I'm your husband," ucap Ghazi mengingatkan.

"Kalau bukan suami jangan ingat boleh ugut Trisy," dengus Batrisyia perlahan.

Ghazi tersenyum lebar. Bibirnya mendarat pada sepasang mata biru yang sentiasa memberi cahaya di dalam hidupnya.

Setiap pagi membuka mata di samping isteri tercinta, menatap sepasang mata biru yang memberi rasa yang sukar ditafsirkan. Mata biru yang membuatnya tertarik untuk mendekati Batrisyia. Mata biru yang membuatnya ingin merungkai misteri di sebaliknya. Mata biru yang menjadi penyebabnya memiliki kebahagiaan hari ini.

"I love your eyes," ucapnya lembut merenung ke dalam mata biru sang isteri.

"Just my eyes?" duga Batrisyia kurang senang.

Mana cukup matanya sahaja yang dicintai lelaki itu. Hidungnya, bibirnya, dan seluruh tubuhnya bagaimana? Tamak. Dia memang tamak. Ingin memiliki seluruh cinta dan kasih Ghazi Zayan.

"I love you, Batrisyia," ucap Ghazi. Bibirnya mendarat pula di dahi licin sang isteri. Kemudian jatuh di hidung mancung Batrisyia. Akhirnya bibir sang isteri menjadi mangsa. Mendiamkan protes Batrisyia.

"I love you." Mantera itu sentiasa bergema membahagiakan hati seorang isteri.

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now