Bab 10

1.3K 20 5
                                    

WADI terpaksa juga mencari Ritz di rumah. Sudah lebih sebulan. Syarikat tidak boleh dibiarkan tanpa nakhodanya.

Sudah banyak perkara tertangguh disebabkan dia tidak sanggup mengganggu Ritz yang masih melayan hati yang walang.

Dia sendiri masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Masih mengharap semua ini hanyalah mimpi. Lagikan Ritz yang kehilangan suami.

"Ritz," seru Wadi dengan wajah bersalah. Tanpa Aeric, hanya Ritz yang boleh membuat segala keputusan di dalam syarikat. Mahu tidak mahu dia tetap perlu mencari Ritz.

"I'm sorry. I terpaksa kacau you," tutur Wadi lembut. Matanya tunak pada wajah sugul wanita itu. Tidak bermaya. Hatinya digigit belas.

"Bila you nak?" soal Ritz dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Matanya terpaku pada selonggok fail yang meminta perhatian.

"Jumaat ni," balas Wadi.

"Okey." Ritz mengangguk setuju. Dia punya 3 hari untuk membelek semua fail itu.

Walaupun dia tidak punya semangat untuk bekerja, dia tidak akan menandatangani dokumen tanpa membaca terlebih dahulu. Bukan tidak percaya pada Wadi. Hanya lebih selesa berhati-hati.

"You okey, Ritz?"

Ritz tersenyum hambar. Perlukah dijawab soalan yang jelas tertera jawapan di wajahnya?

"I miss him," balas Ritz lirih. Matanya terasa panas.

Hati Wadi terjerut mendengar balasan itu. Tidak sepatutnya dia bertanya soalan yang boleh mengingatkan Ritz pada lelaki itu. Melihat mata Ritz yang berkaca buat Wadi mengeluh berat.

"You kuat, Ritz," tutur Wadi cuba memberi semangat.

"Kuat?" soal Ritz sinis.

Wadi mengeluh lagi. Lebih baik dia diam dari berbicara yang tidak sepatutnya. Tiada kata yang mampu menghilangkan duka wanita itu. Malah mengingatkan lagi Ritz pada lelaki itu.

"I... balik dulu," ujar Wadi bingkas bangun. Tidak betah terus berada di sini. Bimbang air mata Ritz tumpah di hadapannya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk nanti.

Ritz tidak menghalang. Malah lebih selesa Wadi cepat pulang. Melihat Wadi mengingatkannya pada Aeric.

Dia tidak mahu ingat. Ingin cuba kuat. Malangnya semakin dia cuba lupa, makin hebat memori semalam menghantuinya. Saat ini, ketika ini, dia hanyalah wanita yang lemah. Tiada kekuatan untuk melawan aturan takdir.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now