Bab 6

986 21 0
                                    

"WHY are you crying," soal lelaki itu lembut. Jemarinya laju menyeka air mata yang berada di tubir mata.

"Sebab you," balas Ritz menyalahkan lelaki itu. Hanya lelaki itu mampu membuat air mata membanjiri wajahnya.

"Salah I?" soal lelaki itu lembut. Bibir yang jarang tersenyum kini terlorek senyuman manis untuk seorang isteri.

"Salah you," tegas Ritz pantas menyembamkan wajah ke dada bidang sang suami. Dia menangis semahunya di dada lelaki itu. Meluahkan beban perasaan yang hebat menghenyak jiwa.

"You're back," ucapnya lirih. Tangannya melingkar di pinggang sang suami. Seperti cuba menahan lelaki itu agar pergi meninggalkannya sekali lagi.

Tidak sesekali akan dibiarkan Aeric pergi. Dia mahu Aeric sentiasa di sisinya. Sentiasa memanjakannya. Selalu menjadi bahu tempatnya berpaut.

"I'm back," balas Aeric menenangkan sang isteri yang walang hatinya. Diusap lembut rambut panjang isterinya penuh kasih. Bibirnya mendarat di ubun-ubun Ritz.

"I takkan tinggalkan you, Ritz. You're mine. I takkan biarkan you sendiri," ucap Aeric berjanji setia.

"You berani buat lagi... I yang akan tinggalkan you lepas ni," ugut Ritz memberi amaran.

"Sejak bila isteri I berubah garang ni?"

"Sejak suami I tinggalkan I seorang diri," balas Ritz tersenyum hiba.

Dia mengangkat wajah. Menatap lelaki kacak yang berada di hadapan matanya itu bagai takut sekali lagi lelaki itu akan menghilang jauh dari hidupnya.

Jemarinya melata di wajah itu. Bagai cuba memastikan lelaki itu benar-benar wujud. Bukan sekadar mimpi di siang hari. Bukan mainan perasaan.

"You..."

"I'm sorry, Ritz," ucap Aeric tersenyum sayu.

"No. You tak boleh!" jerit Ritz cuba menidakkan hakikat itu.

Dia tidak mahu mendengar ungkapan maaf di bibir itu. Tidak sudi melihat senyuman bersalah di bibir itu. Dia tergeleng-geleng sendiri.

"You tak boleh pergi!" jeritnya hiba.

Wajah kacak itu mula kabur di layar mata. Jemari yang tadi melata di wajah itu kini hanya mampu menyentuh udara kala bayangan lelaki itu hilang sekelip mata.

"Ric!"

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now