Bab 3

1.2K 19 0
                                    

"YOU tipu I," gumam Ritz dengan hati yang lara. Menuduh lelaki yang telah pergi meninggalkannya.

Kalau boleh dia tidak mahu percaya pada realiti yang terlalu menyakitkan. Kalau boleh dia ingin menidakkan kenyataan yang merobek bahagia hidupnya.

Semua ini hanya suatu penipuan. Suatu permainan. Bukan realiti. Dia tidak mahu percaya. Tidak akan percaya.

Dia ingin percaya suatu hari nanti lelaki itu akan muncul kembali. Bila hari itu tiba, lelaki itu seperti selalu akan menarik tubuhnya ke dalam dakapan hangat yang membuatnya sentiasa rasa selamat. Sentiasa hilang dalam bahagia yang dicipta lelaki itu.

"You janji you akan bahagiakan I." Lirih nadanya mempersoalkan janji lelaki itu.

"You buat I menangis. You tipu I!" tingkah Ritz cuba melepaskan bebanan hati. Meletakkan salah pada lelaki yang meninggalkannya. Seperti dengan berbuat begitu dapat memberi sedikit rasa lega. Atau lebih tepat dia mengharap agar lelaki itu hadir menidakkan tuduhan yang dilemparkan.

"Kenapa cepat sangat you tinggalkan I? Kenapa, Ric?!"

Tubuh kurusnya melorot jatuh ke lantai balkoni. Balkoni di mana terlalu banyak kenangan yang mengusik jiwa di antara dia dan lelaki itu tercipta.

Ritz teresak hiba. Sekuat mana pun seorang wanita, kala berdepan dengan kehilangan suami tersayang tetap kalah dengan emosi.

Kehilangan terlalu menyakitkan untuk ditempuh. Membuatkan hidup terasa kosong. Cahaya hidup seakan sirna dengan pemergian lelaki itu. Mana mungkin semuanya tetap sama.

"Why?" soalnya dalam esak yang bergema.

Mempersoalkan siapa sebenarnya? Lelaki itu atau takdir yang memisahkan mereka?

Bad Boy ReturnsWhere stories live. Discover now