39

477 57 8
                                    

"Kim Hyuna"

Dia menghampiri aku..Entah lokasinya di mana, tetapi aku dapat meneka dia berada di depan aku..Masih kemas berdiri tegak, menatap aku dengan penuh mendalam, walaupun sejujurnya mata aku kurang jelas kerana dikaburi dengan air mata

"Jangan pergi Cikgu Jin, saya---saya perlukan cikgu"

Bahu aku dipegang kuat, dia memaksa aku berdiri menghadapnya..Jarinya digunakan untuk menyeka air mata aku yang berlinang jatuh

"Hyuna..sehingga ke hari ini, berapa umur kamu ?"

"17 tahun ti--tiga bulan"

"Saya tak percayalah, kamu menipu saya ya ?"

Aku menggeleng perlahan

"Saya rasa remaja yang berada di depan saya ni, ialah budak budak yang main dekat taman permainan..Bila omma dia tinggal, dia menangis sebijik macam kamu"

Aku terdiam, tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk membalas kata-katanya

" Sini" Dia mendepakan tangannya, pada mulanya aku kurang faham akan tindakannya itu, jadi aku memilih untuk tetap berdiri di situ

"Hyuna, sini lah omma panggil"

Entah lelaki ini cuba membuat lawak hambar atau apa, tetapi ternyata caranya berhasil..aku tidaklah ketawa cumanya bibir aku tersenyum kecil, terusik dengan kata-katanya tadi

Tanpa membantah, dia menarik aku ke dalam pelukannya, lalu sekali lagi aku mengalirkan air mata membasahi bahunya

Betul kata cikgu Jin..Aku tidak ubah seperti budak kecil yang takut kehilangan ibunya

"Dah..jangan lah menangiss, bukan ke Hyuna yang saya kenal ni swagg" Dia menepuk belakang badan ku perlahan lahan sambil ketawa kecil

"Sekarang ni bukan masa untuk swagg cikgu" aku bercakap dengan nada serius , tiada lagi gurauan seperti sebelum ini

"Okay, okayy--saya faham..Saya pun sedih nak berpisah dengan kamu semua, tapi..Apa yang mampu saya lakukan..Mahu atau tidak saya tetap jugak kena sambung belajar, tinggalkan sekolah ni, dan tinggalkan korang semua"

"Tipuu, cikgu tak sayang saya, tengok muka cikgu tak sedih pun " aku mencebikkan mulut sambil menyeka sisa air mata yang masih melekat di pipi

"Kamu apa tahu budak kecil" sejurus itu dia menunjal dahiku

"Eee cikgu ni apaa, sakitlah"

"Takkan lah depan kamu semua, saya nak menangis, tak macho lah..Hahaha dahlah, kamu ni berfikir terlalu jauh tau tak"

"Hm yelah, dah cikgu nak pergi..apa saya boleh buat--pergilah saya okayy je" kata ku pura pura ikhlas

Beg yang diletakkan di atas kerusi, terus aku ambil dan galaskan di bahu, sejurus itu aku terus membuka langkah meninggalkan kelas itu

Tetapi langkah aku terhenti apabila Cikgu Jin tiba-tiba memaut lengan aku

"Kin Hyuna, saya yakin kita akan bertemu lagi suatu hari nanti--saya tak pasti bila, saya tak tahu di mana tapi firasat saya kuat menyatakan yang wajah awak akan saya tatapi kembali"

Dan pada hari ini kata-kata lelaki itu benar terbukti--Aku berjumpa lagi dengannya, pada hari ini

Di dunia realiti, bukan mimpi dan bukan lagi fantasi

2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim SeokjinWhere stories live. Discover now