"Cikgu Seok Jin"
"Uhm, awak bukan lagi pelajar saya..Jadi tak usahla panggil Cikgu..Just panggil Jin"
"Uhm cik--eh silap.. maksud saya, Jin dah la--lama belajar dekat sini ?"
Dada aku berdebaran hebat, jari jemari aku menggeletar sehingga menjadikan setiap patah perkataan aku menjadi gagap
Iya, dulu kami bertentang mata sebagai seorang guru dan pelajar
Tetapi, sekarang ini
Tidak lagi. Aku melihatnya sebagai seorang lelaki, yang umurnya lebih lima tahun tua dari aku
"Em lepas saya pindah dari sekolah Bighit, saya sambung belajar dekat Universiti di Perancis..Lepas 1 tahun setengah belajar di sana, appa saya tak berapa sihat..Jadinya saya memohon untuk sambung belajar dekat dalam negara"
"Oh" aku menyedut minuman ice lemon tea sambil otak aku giat berfikir untuk mencari topik yang dapat dibualkan bersamanya
Kalau dulu, ada saja yang aku mahu kata padanya..Dan dulu juga, aku sepertinya tidak malu untuk memberi ayat pickupline kepada dia
Tapi sekarang, aku kehilangan kata--mungkin kerana jurang masa yang menjadikan aku begitu
Menjadikan aku berasa janggal dengan nya
"Hyuna ambil jurusan apa" hati aku terasa sedikit lega apabila dia memulakan perbualan dahulu
"Perubatan"
"Oh , bakal doktor lah ni"
Aku menganngguk sambil tersenyum nipis..Sambil menunggu masa berlalu, aku bermain dengan jari jari aku yang serba ketot dan tembam
Kadang-kadang aku merasa iri hati melihat jari jin--lihatlah jarinya kurus-kurus belaka
"Awak dah lain" aku terus memandang tepat ke arahnya sebaik sahaja dia berkata begitu
Aku lain ?
Aku tak rasa banyak yang berubah tentang aku--iya, mungkin hanya rambut aku yang tumbuh sedikit panjang, kalau tentang faktor ketinggian
Emm yang sebenarnya ketinggian aku tak pernah bertambah--haahahaha ok itu sadis
"Saya lain ? Maksud awak ?"
"Awak pendiam, emm tak macam dulu..Tapi saya suka..awak nampak seperti perempuan yang matang--"
"Hahhaha, jadinya saya tak nampak macam kanak-kanak lagilah kan ?"
"Tak--saya suka Kim Hyuna yang ini"
"Jadinya, saya yang dulu awak tak sukalah ?"
"Sebenarnya, saya lagi sukakan yang dulu..Iya, waktu dulu awak sentiasa memerlukan saya..Saya sentiasa merasa bertanggungjawab terhadap awak..Dan awak dulu juga manja,saya masih ingat yang beberapa kali awak menangis dan setiap kali itu jugak saya akan peluk awak"
Oh tak--dia mahu ungkit hal lamaa itu, ya tuhan aku sungguh malu apabila mengingati semua itu dulu yang memperlihatkan betapa emosional dan kebudakannya aku ini
"Jin, saya tak pernah pun berubah..Semua sifat yang awak cakap tu, masih ada pada saya..Saya tak pernah berubah, saya masih Kim Hyuna yang dulu..Remaja yang berumur 17 tahun"
"Ouh iya ? Kalau macam tu buktikan pada saya" Bibirnya mula menyenget seolah-olah sedang tersenyum sinis kepada aku
Hah sudahh, er apa yang aku perlu buat untuk buktikan pada dia yang aku masih sama seperti dahulu,
Ahh aku tak bolehlah, aku maluu--lagipun dahla dia semakin kacak hmm,
"Jin"
" iya ?"
"Awak nampak tak sesuatu dekat sayaa ?"
Dia mula memerhatikan aku dengan teliti menggunakan kaca mata nya yang berbingkai bulat itu
"Tak nampak apa-apa pun"
"Awak tak nampak ke yang saya rindukan awak ?"
"Hhahahhaa, hyuna..Urm saya pun"
Dan keadaan pun menjadi krik krik semula
Haih.
YOU ARE READING
2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim Seokjin
Nouvelles+ Kim Seokjin , Guru Sejarah paling kacak dan popular di kalangan pelajar perempuan, guru-guru , dan tidak ketinggalan makcik kantin selaku makcik yang membuat air milo tawar di sekolah itu [P/s ; Buku bodoh je ni. Ayat ayat melayu baku macamtu. Har...