58

374 41 0
                                    

Pantulan matahari yang menusuk mata membuatkan aku tersedar daripada tidur...Aku kerling jam di dinding dengan mata yang separuh terbuka..

Pukul 10:26

Ah awal lagii ni..Aku tarik selimut lalu berkira-kira untuk tidur semula

Eh jap--flight pukul 11:05 dan sekarang dah pukul sepuluh setengah

YA TUHANN ! AKU DAH LEWAT ! DAHLA TAK HABIS KEMAS BARANG LAGI

Aku terus bangun lalu memecut ke bilik air..Aku bersihkan diri sekadar menggosok gigi dan mencuci muka.

Lepastu aku keluar dari bilik air, aku mencari luggage milik aku yang berwarna merah jambu di sekitar bilik tidur

Haih setahu aku, semalam aku letak luggage tu dekat dalam bilik ni jelah..

Lepas dah giveup cari dekat dalam bilik, aku keluar ke ruang tamu..Rupanya luggage aku ada atas sofa

Pelik, bila masa aku letak luggage atas sofa..Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal..

Aku buka zip lugagge dan alangkah terkejut beruknya aku apabila aku lihat baju aku semua sudah tersusun kemas di dalam luggage tersebut..

"Sayang jom breakfast"

Aku toleh belakang dan aku nampak Jin yang sudah siap memakai pakaian hipsternya itu

"Si-siapa yang kemas baju saya ?"

"Hmm siapa lagi ya nak kemas baju awak selain saya"

Whatt ? Jin yang kemas beg pakaian aku..Hoel takkann dia tolong kemas pakaian dalam aku sekali

"Yahh kim seokjin..Siapa suruh awak kemas baju saya"

"Alah, nak tolong je pun..Lagipun awak nampak penat sangat sebabtu--"

"Sebab tu awak tak kejut saya dari tidur ?"

Dia hanya mengangguk perlahan.. aku mengeluh

"Awak marah sebab saya tak kejut awak ?" Tanya Jin

"Huh taklah cuma em patutnya awak kejutlah saya bila awak dah bangun dari tidur and pasal baju saya, awak tak perlu lah kemaskan.."

"Awak tak suka saya usik baju awak ke ?"

"Bukan maksud saya macamtu cumanya saya taknak susahkan awak..Saya isteri awak dan sepatutnya saya yang kemaskan baju awak, sediakan makan minum untuk awak, kejutkan awak tidur pada setiap pagi dan memudahkan segala kerja awak..Tapi saya jadi sebaliknya.."

Aku menunduk kecewa...Jin memegang tangan aku sambil jarinya bermain dengan cincin perkahwinan yang tersarung di jari manis ku.

"Hey, saya tak kisah pun lah pasal semua tuu..Asalkan awak sedar tanggungjawab awak sebagai isteri saya pun dah cukup.."

Aku mendongak memandang wajah Jin

"Betul ni ?"

Dia mengangguk kemudian wajahnya dirapatkan ke arah aku untuk mencium pipi aku..Aku menolak dadanya untuk menjauhi dia kerana aku masih lagi belum mandi

"Yah, saya tak mandi lagilah.."

"Ouh yeke patutlah busuk"

"Eleh tadi waktu nak kiss orang tak bau pulak busuk"

Aku mencebik lalu ke bilik air untuk membersihkan diri

2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim SeokjinWhere stories live. Discover now