Aku nerves gilaaa sampai aku rasa nak terjun gunung everes sekarang nii
Tangan appa aku genggam sekuat yang mampu lalu aku alihkan pandangan aku yang tadi menghadap karpet merah ke hadapan
Aku pandang Jin yang sedang berjalan ke arah aku dan appa..Aku nerves dan dalam masa yang sama aku bahagia
Bahagia sebab dapat bergelar isteri kepada Jin..Bahagia kerana akhirnya Jin balas cinta aku yang sudah mula berputik dari sekolah menengah lagi.
Aku terkedu setiap kali melihat wajah Jin yang sungguh kacak dengan tuksedo yang dipakai di badannya
Rambutnya yang perang disikat kemas menyerlahkan lagi rupanya yang sentiasa terlihat menawan di depan semua orang yang melihatnya
Degupan jantung aku semakin laju taktala appa menyerahkan aku kepada Jin..
Jin pegang tangan aku dan menatap aku dengan mendalam lalu bibirnya menguntum senyuman yang akhirnya membuat aku juga turut tersenyum bersamanya
Kami berjalan ke arah paderi lalu berhenti betul-betul berhadapan dengan paderi yang lengkap berjubah itu.
"Boleh kita mula ?" Soal paderi tadi. Jin mengangguk diikuti dengan aku beberapa saat selepasnya.
"Maka tibalah saatnya untuk merasmikan perkahwinan kalian. Saya persilakan kalian untuk berjabat tangan sambil mengucapkan perjanjian nikah satu persatu" Sebut paderi tadi dengan nada yang jauh lebih lantang daripada tadi
Aku memandang wajah Jin yang turut sama memandang wajah aku..Dia menatap mata aku lama kemudian tangan aku diraih olehnya
"Kim Hyuna, saya memilih awak menjadi isteri saya. Saya berjanji untuk setia dengan awak dalam untung dan malang, di waktu sihat dan sakit, dan saya mahu mencintai dan menghormati awak seumur hidup"
Mata aku berkaca mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya..Kedengaran setiap patah katanya disampaikan dengan ikhlas sehingga hati aku terasa sungguh tersentuh dengan kata-katanya tadi.
Aku menarik nafas panjang lalu membalasnya kata-katanya
"Kim Seokjin, saya memilih awak menjadi suami saya. Saya berjanji untuk setia dengan awak dalam untung dan malang, di waktu sihat dan sakit, dan saya mahu mencintai dan menghormati awak seumur hidup"
Nafas aku tertahan apabila dia menekupkan muka aku dengan kedua-dua belah tangannya..Wajahnya perlahan-lahan mendekati aku sehingga hidung aku bersentuhan dengannya.. Akhirnya bibirnya menyentuh bibir aku dengan lembut sehingga memberi aku kehangatan yang luar biasa
Aku dan dia sudah berkahwin
Kim Seokjin kini benar-benar bergelar suami kepada aku dengan ikatan yang sah.
YOU ARE READING
2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim Seokjin
Cerita Pendek+ Kim Seokjin , Guru Sejarah paling kacak dan popular di kalangan pelajar perempuan, guru-guru , dan tidak ketinggalan makcik kantin selaku makcik yang membuat air milo tawar di sekolah itu [P/s ; Buku bodoh je ni. Ayat ayat melayu baku macamtu. Har...