Aku mencelikkan mata aku taktala aku terasa ada kain lembap yang menutupi wajah aku.
Urghh, apa benda ni
Aku mengambil tuala kecil itu lalu mengalihkannya ke tepi.
Eh sekejap---aku dekat mana sekarang ni ?
Urmm dan--apa yang terjadi semalam ?
Eh awat aku rasa macam hilang ingatan ?
Tapi tak kut, aku still lagi ingat nama aku, bahasa ibunda aku lagi apa lagii yaaa
haa !
Aku still lagi ingat siapa crush akuu ! Byunnn Baekhyuunnn
"Awak dah bangun ?"
Emm--okay aku baru ingat yang aku dah kahwin
Dia mendekati aku lalu tangannya dilekapkan di dahi aku
Entah mengapa dia berbuat begitu juga aku tidak tahu--mungkin mahu memeriksa jika aku ini gila ataupun masih waras
Kini lelaki itu duduk di sisi ku...Dia menatap aku dengan lama sehingga entah aku silap tengok ataupun apa, ada sebutir cecair yang mengalir melalui pipinya
Bocor ke atap rumah ni ?
"Em awak kenapa ?"
"Saya bersyukur yang awak selamat Hyuna"
Selamat dari apa pulak ni ? Blur aku
"Selamat dari apa ?" Dahi aku sedikit berkerut
Mata aku membulat apabila Jin terus menarik tangan aku sehingga aku berada betul-betul dekat dengannya.
Kemudian dia merapati wajah aku lalu membenamkan bibirnya ke bibir aku dengan lembut dan perlahan.
Aku rasa macam nak pitam bila ada rama rama yang berkepak di dalam perut aku sehingga mata aku tidak boleh dipejam walaupun sesaat
Semakin lama ciuman itu semakin menuntut apabila aku tidak membalasnya..Jadi dengan itu, aku membalas nya kembali sehingga aku semakin hanyut dalam permainan yang memabukkan ini.
Tiba-tiba ada tayangan yang dipaparkan di benak fikiran aku di mana ketika itu aku berada di hadapan Eiffel Tower bersama cuaca hujan yang turun dengan lebatnya.
Sekejap, ini bukan sekadar tayangan imaginasi ataupun fantasi tapi ini ialah imbasan.
Imbasan sewaktu aku meninggalkan Jin pada malam itu..
Tapi aku tak faham, apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini ?
Bagaimana Jin boleh muncul di depan aku ? Dan untuk apa ciuman ini ?
Dengan sekuat tenaga yang aku ada, aku menolak dada Jin sehingga bibirnya terpisah dari bibir aku.
Tak--aku tak boleh
Hati aku terlalu sakit untuk diubati.
Mungkin memang benar kemaafan aku lebih mahal dari apa yang wujud di dunia ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/125847788-288-k970265.jpg)
YOU ARE READING
2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim Seokjin
Historia Corta+ Kim Seokjin , Guru Sejarah paling kacak dan popular di kalangan pelajar perempuan, guru-guru , dan tidak ketinggalan makcik kantin selaku makcik yang membuat air milo tawar di sekolah itu [P/s ; Buku bodoh je ni. Ayat ayat melayu baku macamtu. Har...