Selepas menukar baju yang serba terdedah itu kepada baju t-shirt berlengan panjang, aku mengorak langkah ke sofa di mana terletaknya Jin yang sedang berbaring mengiring.
Dari gayanya itu, aku tahu yang dia masih lagi belum tertidur..Pasti dia saja tidur-tidur ayam memandangkan dia sudah dapat mengesan posisi aku yang makin dekat dengannya.
Aku menghampiri Jin lalu melabuhkan punggung di atas sofa yang masih lagi mempunyai sedikit ruang.
Wajah Jin yang tidur-tidur ayam itu aku belai dengan lembut sehingga tanpa aku sedar air mata aku mengalir perlahan.
"Jin.." Panggil aku perlahan
Tiada balasan..
"Saya tahu yang awak masih lagi tak tidur .."
Dia masih diam, matanya tidak sikit pun dibuka.
"Saya tahu yang awak masih marahkan saya, awak bencikan saya tapi tolong jangan layan saya macamni..Saya pun ada perasaan jugak..Takkan perkara yang kecil tu pun awak tak boleh maafkan"
Melihatkan Jin yang masih tidak lagi membalas itu, aku menyambung kata-kata aku kembali.
"Saya minta maaf.....saya tahu yang saya tak layak jadi isteri awak, saya juga tahu yang saya tak sempurna...Tapi satu je yang saya nak awak tahu yang s-saya--"
Entah mengapa, tiba-tiba aku merasa sebak untuk mengutarakan kata-kata itu..Aku pasti yang ianya pasti kedengaran murah di telinga Jin tapi aku tetap mahu memberitahunya kerana aku mahu dia tahu yang aku..
"Saya cintakan awak Kim Seokjin" dan buat kesekian kali, air mata aku turun dengan lebatnya.
Jin yang tadinya mengiring menghadap aku kini mengiring membelakangiku.
Ya tuhan, aku benar-benar terluka dengan dia...Sungguh tiada rasa yang paling perit melainkan ini..
Sedarlah Hyuna, Jin bencikan kau
"Jin, saya nak tanya awak boleh ? Tapi saya tak kisah awak bagi atau tak, saya tetap nak tanya awak"
Seperti biasa, lelaki itu hanya memberi jawapan halimunan.
"Awak masih nak merajuk ? Awak still nak layan saya macam ni ?"
Dia tidak mengangguk mahupun menggeleng...Aku menandakan bahawa dia mengiyakan pertanyaan aku tadi.
"Okay, saya faham.." aku menyeka air mata aku yang masih bersisa lalu langkah kaki aku digerakkan ke almari.
Luggage beserta jaket kulit berwarna coco diambil..Pintu bilik hotel dikuak..
Sebelum pintu ditutup, kepala aku ditolehkan ke belakang, menatap lelaki itu buat kali terakhir.
"Selamat tinggal Seokjin"
Dan pintu ditutup rapat...Lelaki yang tadinya berpura-pura tidur itu kini kembali mencelikkan matanya..
Dalam diam, dia mengeluh.
YOU ARE READING
2017 [√] Cikgu Sejarah Paling Kacak ༄ Kim Seokjin
Short Story+ Kim Seokjin , Guru Sejarah paling kacak dan popular di kalangan pelajar perempuan, guru-guru , dan tidak ketinggalan makcik kantin selaku makcik yang membuat air milo tawar di sekolah itu [P/s ; Buku bodoh je ni. Ayat ayat melayu baku macamtu. Har...