Layla's P.O.V
Aku tak sabar nak pergi sekolah.Kenapa?Sebab aku hitamkan rambut.Nampak cantik sangat.Aku terus tidur sebaik sahaja habis gosok gigi.
Esok paginya~
Aku bangun,mandi dan bersiap untuk ke sekolah.Aku sikat rambut dan pakai sedikit aksesori.Kemudian abah hantar aku pergi sekolah.Aku duduk dan baca komik.Kawan-kawan sekelas memuji rambut aku.Hidung aku terus jadi tinggi.Heheheh.Kemudian Diana datang.Tiba-tiba dia tepuk bahu aku."Awak salah tempat ke?Ni tempat kawan saya,Layla-" Belum sempat dia menghabiskan ayat dia,aku berpaling.Kemudian aku menyapa dia."Pagi,Diana." Aku hanya tersengih.Terlopong mulut Diana dibuatnya.Dia bermain-main dengan rambut aku.Dia pun puji jugak."Cantiknya rambut kau.Dulu pink,sekarang hitam?" Aku hanya mengangguk.Kemudian Alif dan Leo datang.Alif juga terlopong macam Diana apabila melihat rambut aku.Dia juga memberi komen."Rambut baru,ke?" Aku hanya mengangguk.Leo hanya pandang muka aku dari tadi.Diana mengusik."Rindu Layla rambut pink ke?Sori.Layla rambut pink hilang." Kemudian Diana dan Alif ketawa.Aku hanya memukul lengan Diana.(pukul main) Leo hanya menahan malu.Kemudian kami fokus untuk belajar.
KRINGGG!!!
Loceng rehat sudah berbunyi.Leo memanggil aku.Aku berpaling."Ya,ada apa,Leo?" Leo menggaru kepalanya yang tidak gatal."Er..rambut kau..cantik.." Aku hanya tersipu malu.Kemudian aku terpandang Diana dan Alif duduk tersengih di belakang.Diorang ni usik aku tak pernah habis.Kemudian aku mengajak mereka berehat.Kami duduk dan mula makan.Secara tiba-tiba,aku mula bicara."Korang,maaf tau sebab kadang-kadang aku bunuh orang depan korang." Dahi mereka bertiga semua berkerut.Diana mula membuka mulut."Eh,takpelah.Asalkan polis tak tahu.." Diana terhenti.Alif dan Leo hanya memandang ke belakang aku.Kemudian tiba-tiba polis menjerit "Layla Yasmin,angkat tangan kamu!" Aku menutup telinga.Kuat sangat polis ni menjerit.Dahlah duduk belakang aku.Nasib baik gegendang telinga tak hancur.Mata Diana berair.Dia membela aku."Tidak!Polis!Dia masih muda!Jangan apa-apakan dia!" Polis itu tidak mengendahkan Diana malah menolaknya.Diana hampir jatuh lalu disambut oleh rakan sekelas yang lain.Kemudian Aiman,seorang budak skema kelas aku berkata "Mungkin dia pernah bunuh orang,tapi kami tak nak kehilangan dia!" Tidak lupa,budak-budak gedik."Mungkin kami selalu bergaduh,tapi pak cik takde hak nak rampas dia!" Kemudian satu kelas mengecam polis itu.Aku memberhentikan mereka."CUKUP!" Mereka semua tersentak.Aku menyambung "Ya,aku bersalah.Encik polis,tangkap saya." Aku menghulurkan tangan.Kemudian Diana memeluk aku.Begitu juga budak-budak perempuan lain.Mereka menjerit "Tidak,Layla.Jangan pergi." Aku menahan air mata dari mengalir.Polis menggari tangan aku.Mereka menjerit dengan lebih kuat."TIDAK!!!" Aku mengalirkan air mata."Maaf..aku..aku pergi dulu..selamat tinggal.." Aku berpaling.Kemudian aku dibawa ke balai.Aku sudah tidak tahu apa akan terjadi.Apabila aku memandang ke tepi,polis yang menangkap aku tadi juga menangis.Muka aku berkerut."Kenapa encik menangis?Patutnya encik happy sebab berjaya menangkap saya." Polis itu mengelap air matanya."Tidak..cuma..persahabatan kamu semua sangat erat..saya tak boleh tahan.." Aku memandang ke bawah.Aku telah sampai di balai.Polis yang memangis tadi tidak berkata apa-apa.Aku memandangnya hairan.Kemudian dia memberitahu polis yang menjaga di kaunter."Budak ini tidak bersalah.Suruh boss lepaskan budak ni." Aku terkejut.Polis ni menyelamatkan aku?Kemudian polis di kaunter itu terkejut."Kenapa kau nak lepaskan dia?Berpuluh-puluh orang yang dia bunuh.Nanti bila dia dah besar,makin ramailah orang yang dia bunuh!" Kemudian kedua-dua polis itu berperang mulut.Kemudian,ketua polis di daerah menjerit "FARHAN!!KAMU DIPECAT!!" Farhan??Itu kan nama bapa kandung aku.Kemudian Encik Farhan hanya tunduk.Kemudian dia lepaskan gari aku dan mengajak aku keluar dari balai.Aku sangat keliru.Aku berkata kepada Encik Farhan "Kenapa encik lepaskan saya?Tengok,encik dah takde kerja.Lepasni encik nak kerja di mana?" Encik Farhan hanya mengusap kepala aku.Kemudian dia duduk dan berkata."Layla..saya bapa kandung kamu.." Mata aku membulat.Memang sah,Encik Farhan bapa kandung aku.Patutlah nama macam kenal!Aku mengundur."Ayah.." Kemudian ayah kandung aku mula bercerita."Layla..maaf..ayah sudah kehilangan isteri..ayah pun kehilangan seorang anak yang disayangi..maafkan ayah,nak.." Aku hanya tunduk.Aku bertanya."Mak..dah pergi ke?" Ayah aku hanya mengangguk.Sejujurnya aku happy sangat.Orang yang aku benci tu dah takde.Kemudian ayah bawa kami balik ke rumah lama.Aku rindu rumah tu.Tapi rumah lama jauh dengan sekolah.Adakah ini bermaksud..AKU PERLU UCAP SELAMAT TINGGAL KAT KAWAN-KAWAN AKU??!!
Hai korang!Update lagi.Heheheh.Nantikan episod seterusnya tau!Sila vote dan naikkan rank.Kalau taknak vote,aku still appreciate korang baca cerita ini.Dan cerita ini pun dah nak habis.Yay.Boleh buat cerita baru.Lol jahatnya aku.Okey itu sahaja untuk hari ini.Bubai!Sayang korang!
YOU ARE READING
Psiko Berhati Lembut(Malay)
FantasyLayla suka budak lelaki baru kat sekolah dia,Leo.Tapi disebabkan sikap pendiam dan muka setaraf artis k-pop,bapak ramai pompuan tergila-gilakan Leo.Tapi Layla tak putus asa untuk terus dekati Leo.Berjayakah dia?Boleh ke dia buat Leo suka kat dia?