Budak Baru

1.7K 109 14
                                    

P.O.V Layla

Aku bangun dan mulakan rutin pagi aku.Mandi,bersiap,sarapan.Lepastu abah aku hantar aku pergi sekolah.Bila aku masuk kelas,nampak la kawan-kawan aku tiga orang iaitu Diana,Alif dan Alex.Aku sempat tanya khabar diorang dan kemudian kitorang borak-borak kosong.

KRINGGGGGG!!!

Loceng dah bunyi.Kitorang duduk sekumpulan so takyah nak kelam kabut cari tempat duduk.Kami berempat pon duduk depan so senangla nak tumpu cikgu mengajar.Lepastu Cikgu Fira masuk dengan sorang budak laki ni.

Cikgu Fira:"Baiklah kelas,kita ade pelajar baru yang akan membesar bersama kamu semua bermula hari ini.Baiklah,sila perkenalkan diri kamu."

Leo:"Aku Leo.Semoga kita dapat keputusan terbaik mase UPSR nanti."

Wah..dia sangat hensem.Dia nampak pendiam,tapi cool giler weh.Lepastu dia duduk sekumpulan dengan budak-budak lelaki lain.Lepastu aku mula rasa curiga.Budak-budak pompuan tak habis-habis tengok dia.Kecuali best friend aku,Diana.Aku tanya dia.

Layla:"Weh,Diana,kau tak rasa ke budak Leo tu hensem,dia cool giler lah!"
Diana buat muka "done" dia lalu menjawab
Diana:"Ye,dia hensem dan cool.Tapi aku tak minat dia.Kau ambiklah dia kalau nak."

Aku terkejut.Diana?Tak suka Leo?Wow.Jarang jumpa spesies macam ni.Lepasty Cikgu Fira pon mengajar.Aku hanya separuh fokus.Fokus aku yang lagi separuh melayang ke angkasa sana tuh.Lalu masa rehat pon tiba.

KRRIIINGGGGG!!!

Kelas aku ucap terima kasih kat cikgu.Lepastu aku curi-curi tengok Leo.Dia bawak bekal dia dan keluar kelas.SORANG-SORANG.Aku pon macam,weh asal dia keluar sorang je?Lepastu aku pandang budak laki yang laen.Memang tak ah Leo nak rehat dengan diorang,muka pon dah skema semacam,apatah lagi adab.Aku boleh rasa Leo tu meluat dengan budak-budak laki skema kelas aku.Then Alif kejutkan aku.

Alif:"Lay,jom ah rehat.Aku lapar ni.Engko termenung ape kat meja budak-budak skema tuh?"

Layla:"Ohh..takde pape..jomla rehat."

Kitorang berempat berjalan kat korridor lepastu turun tangga.Aku ternampak Leo rehat dengan budak-budak bad boys sedarjah aku.Aku dah agak dia rehat dengan diorang.Diorang suka mengusik tapi tak buli orang,jadi diorang tu ade lah sifat lembut tersendiri.Kitorang pon rehat kat kantin bersama.Then aku terdengar sekumpulan budak pompuan yang gedik kat kelas aku berborak.

Laili:"Weh hensem kan mamat Leo tu,jom goda dia nak?"

Hani:"Aku setuju,dari masa BM tadi aku tak lepas pon pandang dia,nasib baik cikgu tak tegur aku.Kalau tak,mati aku."

Lepastu diorang gelak mengalahkan gempa bumi.Aku pon jeling diorang.

Diana:"Ko dengar perbualan budak-budak gedik tuh?"

Layla:"Ha'ah,nak muntah aku dengar.Tapi aku takut jugak."

Alex:"Asal takut pulak?Biasenye dalam kumpulan kita,kau lah paling berani,Lay."

Alif:"Ha'ah.Kau takut ape,Lay?"

Layla:"Aku takut Leo tergoda dengan diorang."

Diorang semua terkejut dengan ape aku kata.Bulu kening aku berkerut.Asal diorang terkejut?Lepastu diorang gelak terbahak-bahak tapi tak sekuat budak-budak pompuan tadi.

Diana:"Hahahah,takkan la mamat Leo tu tergoda dengan diorang?"

Alif:"Hahah,silap-silap,termuntah atas muka terus mamat tu bila diorang goda dia!"

Alex pulak ketawa terkekek-kekek lalu enjoy makanan dia.Alif dan Diana pon sama.Ha tulah,leka sangat ketawa sampai makanan pon tak habis.

Layla:"Aku pergi dulu ah korang.Jumpa dalam kelas tau!"

Diorang anggukkan kepala.Aku berjalan tepi dewan lepastu ternampak Leo maki-hamun budak-budak pompuan gedik tuh.Gila lawak weh.

Leo:"Fikir aku nak ke dekat pompuan macam korang?Aku tengok muka korang,nak termuntah tau tak!"

Lepastu budak-budak pompuan tu pun berlari sambil menangis teresak-esak.Aku tahan ketawa sebab nak tunjuk cool depan Leo.Ceh berlagaknya aku.Padan muka diorang.Mujur aku tak ugut diorang lagi.Kemudian,Leo datang kat aku.

Leo:"Kau berkawan tak dengan budak-budak tuh?"

Layla:"Err...tak,..m-meluat aku tengok diorang.."

Leo:"Kan?Menyampah."

Lepastu Leo dengan geng dia pon lambai kat aku.Nak masuk kelas agaknya diorang tuh.Lepastu aku blush sorang-sorang.Leo bercakap dengan aku!Lembut pulak tuh!Aku hampir pengsan.Mujur Diana dan Alex sambut dari belakang.

Diana:"Kate jumpa dalam kelas,jumpa kau nak pengsan kat sini.Apa hal,Lay?"

Alif:"Ha'ah.Kau nampak apa?"

Alex:"Muka kau merah,asal ni?"

Layla:"Heheh,Leo bercakap dengan aku."

Reaksi diorang biasa je.Then kitorang masuk kelas.Masa balik,Diana dan Alif ucap jumpa lagi kat aku dengan Alex sebab diorang nak solat kat surau.Alex pun ucap jumpa lagi sebab mak dia dah datang.Aku lambai je diorang.Bile aku nak tunggu abah aku,tiba-tiba ada orang pegang bahu aku..Aku cepat-cepat pusing belakang.

Leo:"Terkejut ke?Sori."

Layla:"Y-ye..takpe..asal?

Leo:"Kawan-kawan aku semua dah balik,aku kenal kau sorang je.Teman aku balik,boleh?"

Layla:"B-boleh.."

Aku dengan dia jalan kaki.Rumah dia tak jauh sangat pun.Kitorang kenal-kenal sikit masa tengah berjalan tuh.Aku malu giler.Sedar tak sedar,kitorang dah sampai.

Leo:"Terima kasih,Layla.Jumpa esok."

Layla:"No hal,J-jumpa esok."

Aku happy giler.Tak sangka budak cool bernama Leo tu bercakap dengan aku.Siap ajak teman balik lagi!Aku lambai dia lepastu abah aku datang dan jemput aku.Aku balik rumah,mandi,pakai baju,bukak fon dan main Mobile Legends dengan geng aku.Aku pon makan malam,gosok gigi dan tidur.Tak sabar nak tunggu hari esok.

Hai korang,aku kembali dengan citer baru kali ni.Harap korang suka citer ni.Ade masalah teknikal sikit.Dan aku update kalau rajin je tau.Dan chapter baru boleh sampai bile-bile mase je.So tunggu tau!Bubai!Sayang korang!

Psiko Berhati Lembut(Malay)Where stories live. Discover now