Diana's P.O.V
Aku bangun dan main fon.Awal pagi tadi aku solat lepastu tidur balik.Harini cuti so aku mandi lambat.Just then,loceng rumah aku berbunyi.Aku bukak pintu.Layla datang."Pagi,awal datang,ada apa-apa ke?"Aku bertanya.Layla selamba menjawab "Jom main,nanti Alex dengan Alif datang." Aku anggukkan kepala dan terus mandi.Layla tunggu sambil main fon.Aku pakai baju,pakai tudung dan Alif dan Alex datang.Alif nampak terpegun dengan cara aku pakai.Asal reaksi dia camtu?Tudung aku senget ke?Ada aurat aku tak tutup ke?Aku cek takde pun.Then Alex ajak main."Jom main 'Ta duduk'." Kitorang angguk kepala dan main 'Ta duduk' kat halaman rumah aku.Alif pakai baju lengan panjang giler so kulit tangan dia tak sentuh aku.Kitorang main sampai berpeluh."Aku ambikkan air kejap tau.Korang mesti dahaga." Aku mintak diri nak ambik air untuk diorang.
Alex's P.O.V
Selepas Diana ambik air,aku nampak Alif macam termenung je.Aku singgung lengan dia dan tanya dia "Asal ni,kau termenung,teringatkan sape?" Alif terkejut sikit dengan apa aku tanya.Kening aku berkerut.Begitu juga dengan Layla.Layla pun berkata "Kau cakap jelah.Aku pun perasan.Dari tadi kau asyik pandang Diana je.Kau kena sampuk ke?" Aku hampir ketawa bila Layla tanya camtu.Then pipi Alif merah dan bersuara "Korang..jangan bagitau orang eh.." Kitorang tanyalah dia kenapa,sebab rasa ingin tahu tu naik mendadak.Alif buka mulut dia."Aku suka Diana." Aku dengan Layla terkejut.Mata kitorang bulat,mulut pun ternganga.5 saat kemudian,Alif bersuara balik."Hei..cakaplah sesuatu..aku malu ni.." Then dia garu kepala dia.Aku pukul belakang dia."Patutlah..kau pun selalu jadi nervous bila Diana bercakap dengan kau.Ada perasaan rupanya." Aku dengan Layla ketawa dan Alif hanya suruh kami diam.Just then,Diana datang dengan beberapa cawan air.Kami pun ucap terima kasih sambil minum air.
Diana's P.O.V
Aku ambik 4 cawan dan buat air Sunquick sejuk.Aku ambik dulang dan letak 4 cawan kat atas.Aku berjalan ke luar rumah.Then aku terdengar Alif cakap dia ada perasaan kat aku.Pipi aku naik merah.Nasib baik tak terlepas dulang.Kalau tak mati aku kena marah di ibu sebab pecahkan cawan.Aku tarik nafas dalam-dalam dan buat muka selamba.Aku bagi air kat diorang satu per satu.Layla dan Alex pandang Alif semacam.Siap senyum lagi!Pipi aku dengan Alif merah.Aku dengan tangan terketar bagi cawan kat dia."Am-ambiklah..m-minum baik-baik..n-nanti t-tercekik.." Ya allah,aku kata apa ni?Then Layla tersembur air dia lalu ketawa terbahak-bahak bersama Alex.Haish diorang ni,tak boleh henti ketawa pun.Sebab tulah aku sayang diorang.Alif minum air perlahan-lahan.Alex dan Layla tersengih dan mintak maaf sebab ketawa kuat sangat.Kemudian kitorang berbual pasal projek Cikgu Fira bagi.Kitorang sediakan barang-barang dan mula buat kerja cikgu bagi.Sedang tekun belajar,Layla ternampak Leo lalu depan rumah.Kitorang lambai dia dan sambung buat kerja kecuali Layla.Memandangkan Leo berjalan dengan sorang pompuan,Layla jeling perempuan tu."Korang,aku mintak diri dulu eh.Ada hal." Kitorang paham maksud dia.Harap tak serious sangat.Aku takut kehilangan dia.Kitorang sambung buat kerja sampai siap.Kerja Layla disiapkan oleh Alex.Baiknya budak ni sorang.Kerja aku tak nak siapkan pulak.Dasar budak pilih kasih.Nasib baik dia kawan baik aku.Kalau tak..dah lama tangan dia patah.
Layla's P.O.V
Aku pergi kat Leo dan tanya siapa pompuan sebelah dia tu.Leo cakap tu 'kawan' dia."Ooh,boleh saya bercakap dengan awak sekejap?Tunggu kejap tau Leo." Aku ajak dia pergi kat kawasan takde orang.Kawan Leo tu mula rasa takut.Dia tanya "Kenapa akak bawak saya ke sini?Seramlah tempat ni." Aku senyum dan keluarkan pisau aku.Aku tutup mulut dia biar tak sempat menjerit.Then aku tikam dia beberapa kali.Then aku tanam mayat dia.Aku tersenyum sinis."Kau jangan nak ambik Leo dari aku.Aku boleh nampak cara kau tengok dia.Kau ada perasaan kat dia..kan?" Aku blah dari tempat tu.Leo terkejut nampak pakaian aku berdarah."Kau pergi mana tadi..?" Aku tersenyum sambil menjawab "Ooh,ada khinzir serang aku tadi.Aku pun bunuhlah khinzir tu.Oh dan satu lagi,kawan kau dah balik.Dia kata dia bosan dengan kau dan tak nak jumpa kau lagi." Leo nampak risau."Hm..takpelah,jumpa lain kali,Layla." Dia lambai aku.Aku kembali ke rumah Diana.Diorang semua terkejut sebab darah kat pakaian aku."Lay,baik kau mandi.Pinjam baju aku pun takpe.Cepat,sebelum mama aku perasan." Diana suruh aku mandi.Aku mandi dan pakai baju Diana.Okey baju dia agak besar sebab aku kurus macam lidi dan agak pendek manakala Diana langsing dan tinggi lampai.Aku keluar dari pintu rumah Diana."Besarnya baju kau,tapi terima kasihlah.Esok aku pulangkan." Diana pandang aku semacam dan anggukkan kepala.Then kitorang berbual pasal perjanjian untuk main Mobile Legends malam ni.
Alex's P.O.V
Aku berbual dengan Alif dan Diana sementara Layla bersihkan diri dia.Bila dia keluar pintu tu,baju yang dia pakai besar giler.Lengan dia panjang sangat.Layla nampak macam budak kecik.Gila comel.Aku hampir mati sebab menahan kecomelan dia pakai baju tu.Then dia duduk dengan kitorang dan kitorang berbual pasal Mobile Legends.Tengahari semakin hampir dan kitorang ambik keputusan untuk balik.Kami ucap jumpa lagi kat Diana dan balik rumah.Aku ternampak Layla bercakap dengan Leo.Cara dia tengok Leo..memang menunjukkan yang dia suka Leo.Aku cuma tahan kesedihan ni.Aku masuk rumah dan mandi.Then aku mesej Layla dan tanya dia dia suka sape.Dia jawab Leo.Aku tutup fon dan termenung kejap.Aku mengantuk dan tertidur.
HELLO KORANG!!!!IJA KEMBALI LAGI!!!!!YAHOOO!!!K sori..excited sangat.Sori sebab LAMA GILER TAK UPDATE.Aku malas dan takde idea.Heheh sori.Harap korang suka chapter ni.Vote tau!Bubai!Sayang korang!
YOU ARE READING
Psiko Berhati Lembut(Malay)
काल्पनिकLayla suka budak lelaki baru kat sekolah dia,Leo.Tapi disebabkan sikap pendiam dan muka setaraf artis k-pop,bapak ramai pompuan tergila-gilakan Leo.Tapi Layla tak putus asa untuk terus dekati Leo.Berjayakah dia?Boleh ke dia buat Leo suka kat dia?