Diana's P.O.V
Aku telah mendapat anak patung beruang sebagai hadiah hari jadi aku semalam.Alif juga beri bunga.Malu kejap.Leo cuma ucap selamat hari jadi.Mereka memang kawan yang baik.Hari ini cuti.Aku bangun dan keluar dari bilik.Kelihatan ada sepasang lelaki sebaya aku bersarapan atas meja makan.Muka aku berkerut.Aku bergegas ke ibu aku."Ibu,siapa mereka?" Ibu menggosok kepala aku."Mereka anak-anak kawan ibu.Beliau ada urusan kerja di luar negara,dan mereka perlu dijaga di sini." Aku hanya memandang mereka.Selepas mereka habis bersarapan,aku juga bersarapan.Habis sarapan,kelihatan mereka bermain fon.Aku menyapa mereka."Hai,nama korang siapa?" Mereka berdua memandang aku."Aku Adam.Adik aku Jay." Aku cuma mengangguk.Sebenarnya,diorang hensem giler.Tapi pendiam.Aku ambil tuala untuk mandi.Selesai mandi,aku keluar bilik.Mata aku membulat.Diorang main bantal??Habis bersepah ruang keluarga dibuat mereka.Aku menjerit "Tengok apa korang buat!Habis bersepah!" Diorang buat tak endah je.Muka aku merah.Aku ambil penyapu dan beri mereka."Kemas." Jay selamba menjawab "Rumah kau kan.Kemaslah sendiri." Mata aku berapi.Aku menjawab kembali."Kau yang sepahkan,kau lah kemaskan." Adam menyambung "Kesah apa kitorang." Aku hanya bersabar.Dalam beberapa hari,mereka akan berhambus dari sini.Aku pun kemas debu dan bantal.Kemudian loceng rumah berbunyi.Aku membuka pintu.Layla mengajak aku untuk bermain.Aku mengingati si kembar tu."Jaga diri,tau.Aku keluar kejap." Kemudian aku bermain batu seremban dengan Layla.Layla menanya aku "Kau bercakap dengan siapa tadi?" Aku hanya menjawab "Anak kawan ibu aku.Diorang tumpang kat sini untuk beberapa hari." Layla hanya mengangguk tanda faham.Selesai bermain,aku berjalan kaki ke rumah.Apabila aku masuk,rumah bersepah.Aku menahan marah."Asal bersepah ni?" Diorang cuma buat tak tahu.Aku hanya bertahan.Sehinggalah aku ternampak anak patung beruang pemberian Layla,koyak rabak.Mata aku berair."Beruang aku!" Aku memeluk beruang itu.Si kembar hanya ketawa."Hahahah,beruang sampah tu pun kau nak peluk ke?" Aku berdiri.Air mata aku mengalir sudah."Beruang ini pemberian kawan baik aku!Dia baru bagi semalam!Tapi harini korang dah rosakkan!" Diorang nampak serba salah.Aku tak kisah.Beruang kesayangan aku dah hancur.Aku menangis."Sekarang jangan bercakap dengan aku lagi." Aku boleh dengar Adam memanggil aku.Tapi aku tak layan.Aku masuk bilik dan kunci pintu.Aku terus menangis.Aku tak sabar nak tunggu diorang pergi.Tapi itu takkan mengembalikan hadiah pemberian Layla.Kemudian aku tertidur.
Jay's P.O.V
Aku dan abang aku dah buat kesilapan besar.Kami rasa serba salah.Aku ingin mintak maaf dekat Diana.Kemudian aku meminta izin dari ibu Diana untuk pergi ke kedai."Asal nak pergi kedai?" Aku menjawab "Untuk beli beruang baru.Kau pun ikutlah sekali." Dia hanya mengangguk.Kami pergi ke kedai dan beli dua beruang.Mungkin tak secomel yang lama,tapi ini untuk meminta maaf kepada Diana.Kami pulang ke rumah Diana dan menulis sedikit nota.Ke hadapan Diana,kami meminta maaf kerana menghancurkan beruang pemberian kawan kau.Kami tahu kami salah.Ini adalah beruang untuk ganti beruang lama.Harap kau suka.Ikhlas dari Si Kembar.Kemudian kami tunggu Diana keluar bilik.
Diana's P.O.V
Aku kembali bangun.Aku menggosok mata dan keluar untuk ambil biskut.Si kembar hanya memandang aku.Aku tak layan diorang.Aku ambil sebalang biskut dan makan di meja makan.Aku tengok si kembar.Diorang tengok je aku.Aku pegang balang biskut tu."Ambiklah kalau nak.Takut korang lapar." Diorang macam malu-malu.Kemudian aku mengambil dua keping biskut dan hulurkan dekat diorang.Diorang ambil biskut dan makan.Selesai makan,aku mula berdiri untuk ambil fon.Kemudian aku dengar Adam panggil aku."Diana?" Aku pusing belakang."Ye.Ada apa hal?" Kemudian dia beri sekeping nota.Aku membaca nota itu.Aku memandang muka diorang.Kemudian diorang tunjuk beruang yang comel.Ada dua pulak tu.Aku terkejut."Eh,asal beli beruang baru?Tak payahla..menyusahkan je.." Kemudian Jay menggeleng kepala."Tak..kami beli ikhlas untuk kau.Maaflah ye." Kemudian mereka letak beruang tu atas meja aku.Kemudian mereka ajak aku main Mobile Legends.Aku hanya menerima.Sebenarnya kan,diorang agak baik dan comel dari dalam hati.Cuma kadang-kadang agak nakal.Dan sekarang setiap kali ada perjumpaan keluarga di syarikat ibu,aku akan teruja untuk berjumpa Adam dan Jay.
Hai korang.Update kejap.Harap korang suka dan sila vote.Sape yang vote tu,terima kasih saya ucapkan.Okey kena pergi sekolah ni,pergi dulu tau.Bubai!Sayang korang!
YOU ARE READING
Psiko Berhati Lembut(Malay)
FantasyLayla suka budak lelaki baru kat sekolah dia,Leo.Tapi disebabkan sikap pendiam dan muka setaraf artis k-pop,bapak ramai pompuan tergila-gilakan Leo.Tapi Layla tak putus asa untuk terus dekati Leo.Berjayakah dia?Boleh ke dia buat Leo suka kat dia?