Layla suka budak lelaki baru kat sekolah dia,Leo.Tapi disebabkan sikap pendiam dan muka setaraf artis k-pop,bapak ramai pompuan tergila-gilakan Leo.Tapi Layla tak putus asa untuk terus dekati Leo.Berjayakah dia?Boleh ke dia buat Leo suka kat dia?
Aku bangun dan cek waktu melalui jam dalam fon.Aku tak lupa tengok tarikh.Mata aku membulat.Hari ini hari istimewa.Hari jadi Diana!Dah lama aku tunggu saat ini.Dari awal tahun,aku dah belikan anak patung beruang untuk dia.Comel sangat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dengan senyuman yang lebar,aku terus mandi dan bersiap untuk ke sekolah.Nanti aku bincang dengan Alif dan Leo pasal ini.Sampai di sekolah,aku letak beg atas kerusi dan ulang kaji.Kemudian Alif,Diana dan Leo datang."Selamat pagi,Lay,Lif,Leo." Diana memulakan bicara.Aku menjawab "Pagi,Diana.Aku nak cakap sesuatu dekat Alif dan Leo kejap.Kau studylah dulu." Muka Diana berkerut tapi dia tetap study.Kemudian aku suruh Leo dan Alif dekat sikit.Aku berbisik "Hari ini hari jadi Diana.Jom kejutkan dia.Aku ada plan." Aku membisikkan semua idea aku dekat diorang.Alif dan Leo cuma mengangguk tanda faham.Kemudian mereka beri 'thumbs up' dekat idea aku.Kemudian cikgu datang dan kami belajar dengan tekun
KRINGGGG!!!
Loceng dah bunyi.Kami berempat memutuskan untuk berehat di kantin.Diana memulakan bicara "Korang tahu tak hari ini hari apa?" Aku memberi isyarat kepada Alif dan Leo.Mereka hanya mengangguk.Kemudian Leo selamba menjawab "Hari ini kan hari Selasa.Takkan tak tahu?" Aku boleh nampak Diana menundukkan sedikit kepala.Aku berasa serba salah.Kemudian aku menukar topik "Dengar cerita hari ini hari jadi seseorang." Diana senyum kembali.Kemudian Alif menyambung "Dia perempuan kan?" Senyuman Diana semakin lebar.Kemudian Leo putuskan perbualan."Dahlah tu.Jomlah nikmati makanan ini." Senyuman Diana menghilang.Kami terus makan dan masuk kelas.Kami fokus untuk belajar dan masa balik pun tiba.Aku,Leo dan Alif ucap jumpa lagi kepada Diana sebelum balik.Kami bertiga balik dan aku mandi dan bersiap.Tidak lupa barang dan perhiasan untuk majlis hari jadi.Mak dan abah aku juga tumpang membantu.Abah membawa aku ke sebuah restoran di atas bukit.Pada waktu malam,lampu-lampu jalan dan bangunan akan menyerikan permandangan.Sesuai untuk Diana.Aku menyapa Alif dan Leo dan kami mula menghias.Abah dan mak aku menyusun meja dan lampu.Aku menanya Leo "Dah beri kad jemputan?" Leo hanya mengangguk.Kami menyambung menghias sehingga restoran itu menjadi sangat cantik.Aku menepuk tangan Leo.Alif hanya tersenyum.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kemudian orang-orang yang Diana paling kenal mula datang.Kami menyapa mereka.Kemudian ibu bapa dan Diana datang.Aku tersenyum dan sebaik sahaja Diana keluar dari kereta,aku terus menutup matanya dengan sehelai kain.Dia meronta."Kenapa tutup mata aku?Dan apa yang penting sangat sampai perlu datang ke tempat ini?" Aku hanya senyum."Jangan risau,Diana.Kau tunggu dan lihat." Kemudian aku buka ikatan kain dan matanya terbuka.Kemudian semua menjerit "SELAMAT HARI JADI,DIANA!" Diana menutup mulutnya.Dia tak tahu mahu berkata apa.Kemudian aku memeluknya kuat.Aku membisik di telinga Diana."Maafkan aku sebab layan kau dengan buruk tadi." Kemudian Alif dan Leo turut meminta maaf.Diana mengalirkan air mata."Kenapa aku nangis..aku..aku maafkan korang.." Kemudian dia duduk.Kesian aku tengok dia.Kemudian mak aku mengajak Diana makan kek.Kami berbual dan ketawa bersama.Kemudian Leo yang menjadi pengacara majlis mula bercakap."Dan dipersilakan,birthday girl kita,Diana untuk berucap di atas pentas." Kemudian kami semua bertepuk tangan dan Diana mula naik pentas.Dia nampak terharu.Diana memulakan bicara."Assalamualaikum,semua.Saya harap kamu semua sihat sejahtera.Saya berdiri di sini hanya untuk berterima kasih kepada kawan,keluarga dan tidak lupa,pengacara majlis,Leo.Saya sangat terharu.Saya fikir kamu semua lupa hari jadi saya.Tetapi,dengan tempat cantik sebegini,saya menyambut hari jadi ke dua belas.Saya..saya sangat terharu..terima kasih,semua." Diana menangis lagi.Ibu bapanya memeluknya.Aku juga memeluknya.Kemudian kami menikmati permandangan.Aku dapat rasa yang hari ini adalah hari yang paling tidak dapat dilupakan oleh Diana.Dia sangat gembira.Aku gembira apabila Diana gembira.
Hai korang!Ija kembali lagi.Mungkin chapter ni pendek je.Maklumlah takde idea.Anyway,thanks sebab baca cite mengarut ni.Dan jangan lupa untuk vote.I appreciate it.Dan tunggu untuk chapter seterusnya tau!Okey bubai!Sayang korang!