Chapter 1: Begin

1.4K 58 20
                                    

'The world was too big, and I was small. Now I can't even imagine how. I was scentless and completely empty'

◆◆◆◆

Pagi ini sama seperti pagi-pagi yang sebelumnya, dia bangun dari katil dan bersiap untuk bekerja di kedai roti milik sepupunya, Kim Seokjin dan di akhiri dengan pulang ke rumah tepat pada pukul 10:30 malam. Dia selalu pulang ke rumah dengan berjalan kaki, begitu juga sewaktu datang bekerja kerana kedai itu hanya berjarak beberapa blok sahaja dari apartmentnya. Balik ke rumah dan terus berbaring di atas katil bujangnya. Begitulah hidupnya selama lima tahun ini.

Tak mampu rasanya jasad ini untuk terus menghadapi semua ini sendirian. Dia perlukan teman. Tapi siapa? Hidupnya hanya ditemani dengan warna monokrom, menempuh jalan yang tak berpenghujung sedirian, dalam kegelapan. Bagi Jungkook, dirinya tidak layak untuk berkawan.

Bila agaknya semua ini akan berakhir? Sakit hatinya apabila orang-orang yang berjalan melaluinya selalu membuat wajah kesian terhadapnya, membuatkan dia berasa dirinya seolah-olah seorang yang hina, jijik dan pembawa sial kepada setiap orang yang melihatnya.

Seorang wanita sedang berbisik dengan kawannya. "Hey, tengoklah dia tu nampak macam hopeless gila. Aku bet dia ada berapa helai je baju dalam almari dia. Hmmm, 5 helai je mungkin?" Tawa pecah kawannya kedengaran sungguh menghina di telinga Jungkook, tambahan lagi dengan sahutan 'setuju' dari rakan-rakannya yang lain. Mereka menganggap Jungkook seperti sampah. "Mesti mak ayah dia miskin, sampai tak mampu nak beli baju yang elok-elok untuk dia" Seorang lagi daripada mereka mengejek Jungkook, dan tawa mereka semakin galak sehingga membuatkan Jungkook berasa telinganya akan meletup pada bila-bila masa sahaja lagi, disebkan oleh darahnya yang sedang menggelegak. Tanpa dia sedar, jemarinya telah mengenggam erat jaket lusuhnya dengan perasaan marah yang membuak. "Appa... eomma..." gumam Jungkook perlahan, sambil cecair jernih yang hangat mengalir keluar dari kelopak matanya, lalu cepat-cepat dia mengesatnya dengan belakang tangannya

◆◆◆◆

Jungkook melangkah masuk kedalam kedai roti itu dengan perasaan yang bercampur antara marah dan sedih. Dia menggalkan jaketnya lalu memakai apron yang tertulis 'RJ's Bread' dengan gambar seekor lamma sedang memakan roti. Sedang Jungkook leka mengikat tali apronnya, dia tidak sedar bahawa segala tindak-tanduk nya diperhati oleh seseorang.

"Yah, Jungkook-ah, kenapa kau lambat harini?" Terkejut dengan teguran itu, Jungkook lantas memalingkan wajahnya kearah suara tadi. Kelihatan Seokjin sedang membawa beberapa stok roti dari dalam stor utuk diletakkan di hadapan kedai. "Ah, Seokjinnie hyung... terkejut kook tau. Sorry la, kook lupa pasang alarm. Tu yang lewat, tu" Jawab Jungkook sambil tersengih cuba untuk menyembunyikan wajah sugulnya daripada dapat dilihat oleh Seokjin.

"Kau sure, kook? Jangan nak tipu aku la, kau lambat bukan sebab alarm kan? Bagitau aku kenapa kau lambat sangat datang kerja harini?" Seokjin mula mengajukan soalan kepada Jungkook, tidak ubah seperti seorang inspektor polis yang sedang menyoal suspeknya. Cuma nada suara Seokjin kedengaran lebih tenang, tapi tegas. "Kook? Kenapa diam je, jawab la"

Heh, Jungkook sudah boleh agak yang Seokjin akan menjadi seorang inspektor polis yang tak bertauliah pagi-pagi ni, dan sekarang dia berasa dirinya seperti seorang suspek yang telah melakukan satu- bukan, tapi puluhan kesalahan besar. Permainan apakah ini? "Takde apalah hyung. Betul la kook lewat sebab alarm~" Jungkook memberikan senyuman yang paling manis kepada Seokjin, berharap agar hyung nya itu mempercayai setiap kata-katanya.

"Sukahati kau la kook. Tu..." Seokjin menjuihkan bibirnya kearah stor. "...bawak semua roti tu keluar, susun atas rak ni. Aku nak gi susun meja" Arah Seokjin kepada Jungkook. "Ya, ok boss!" Nada suara Jungkook begitu bersemangat, membuatkan dia lupa dengan peristiwa pagi tadi.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now