Chapter 16: Three Kims

372 22 3
                                    

'I don't wanna lose your lovely warmth'

◆◆◆◆

"Aunty dengan uncle Kim taknak jagakan dia untuk hyung?" tanya Jungkook.

Sampai saat ini, Jungkook masih susah untuk percaya yang Jaewoo itu ialah anak lelaki hyungnya. Manakan tidak, Jaewoo sekarang telah berumur 5 tahun dan itu bermakna, Jaewoo lahir pada tahun yang sama dimana Wonwoo meninggalkan Jungkook dengan membunuh diri. Dan ini juga bermakna bahawa Seokjin telah berkahwin sebelum Wonwoo pergi buat selamanya. Jungkook menggelengkan kepala.

Seokjin mengerutkan dahinya. "Ish, mana ada. Eomma suruh aku jaga, sebab Jaewoo ni anak aku, dia tanggungjawab aku, so memang aku lah yang kena jaga dia" nada suara Seokjin kedengaran sedikit penat.

"Err, hyung rasa terbeban ke?"

"Hmm? Mana ada. Dia anak aku kan? Aku sayang dia" jawab Seokjin sambil memberikan flying kiss kepada Jaewoo, tetapi anak kecil itu tidak menyedari kelakuan ayahnya.

Jungkook hanya mengangguk. Kopi panas dihirup, menuruni tekaknya, menghilangkan rasa sejuk yang menyucuk kulit.

"Choo! Choo! Uncle Jweon, next week papi os gowing to mwake a babyque. Will you come?" Jaewoo tiba-tiba bersuara, membuatkan Jungkook dan Seokjin serentak melihat ke arah nya yang sedang beemain dengan keretapi mainannya.

Mendengar pertanyaan Jaewoo membuatkan kepalanya automatik beralih kepada Seokjin dengan mata yang membuntang. "What?! Babyque?? Hyung nak buat baby?!"

Sekarang, giliran mata Seokjin pula yang membulat. Terkejut dengan pertanyaan sepupunya. "Hoi! Bukan babyque lah, tapi barbeque! Kau ni... anak aku kan pelat"

Jungkook tersengih menampakkan gigi arnabnya. "Manalah Kook tau. Tapi kan, hyung tak bagitahu, Kook pun?"

"Ah, actually aku memang nak bagitahu kau, tapi tu lah hmm" Seokjin tidak menghabiskan kata-katanya.

"Eleh, hyung cakap je lah yang hyung taknak Kook datang sebab hyung takut Kook habiskan semua barbeque hyung kan? Cakap je lah"

"Ha'ah, betul lah tu" Seokjin menghabiskan kopinya dengan tenang.

Jungkook menarik muka masam. "Apa pulak macam tu?" bibirnya dimuncungkan, merajuk.

"Kau ni, benda lagi seminggu, takkan aku nak bagitahu kau awal-awal?"

Jungkook mengangguk, mengiakan kata-kata hyungnya. "Ye lah..."

"Uncle Jweon..."

Pahanya disentuh lembut oleh tangan kecil Jaewoo. Dia tersenyum memandang ke arah anak kecil itu. "Yes, handsome boy?"

Jaewoo tersenyum, sekali lagi menunjukkan gigi putihnya, mata bulatnya mengecil dan ditutupi dengan bulu matanya yang lebat. "Will you come?"

Oh ya... dia masih belum menjawab solana Jaewoo tadi. "Ah, of course... I'll come for ya" kepala Jaewoo diusap lembut.

Anak kecil berusia 5 tahun itu tidak memberi banyak respon. Dia hanya menelengkan kepalanya pada paha Jungkook, dan memeluknya kemudian dia sambung bermain.

Sejujurnya, Jungkook memang sukakan kanak-kanak, lagi-lagi yang sangat comel dan baik seperti Jaewoo. "Hyung, muka Jaewoo tak sama macam hyung pun?" tanya Jungkook.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now