Chapter 13: Fallen angel

358 23 1
                                    

'God have sent his angel to a wrong person'

◆◆◆◆

"Humm..." di merenggangkan badannya. Kepala dan badannya terasa sakit kerana tidur di atas lantai yang sejuk dan keras.

Melihat sekeliling, matanya membuntang sebaik sahaja dia melihat keadaan tubuhnya yang tidak berbaju.

Taehyung tiada disebelahnya. Dia juga tidak tahu dimanakah telefonnya.

Dengan kudrat yang sedikit, dia cuba berdiri. Menongkatkan tubuhnya menggunakan tangan pada sisi tab mandi. Tangannya cuba mencapai sinki. Dia merenung wajahnya pada cermin sinki. Terdapat banyak hickeys yang masih baru di merata tempat. "Oh shit!" dia menyumpah.

Ada satu kesan hickey yang sangat jelas pada bawah jawline sebelah kiri. Ini tak boleh jadi. Dia mengetuk kepalanya berkali-kali, kerana dia lupa memberitahu kepada Taehyung supaya jangan meninggalkan tanda pada mana-mana bahagian yang tertedah. "Macam mana aku nak cover ni? Kalau Seokjin hyung nampak, mati aku"

"Teruk sangat ke merah tu?" Taehyung memunculkan diri dari arah belakangnya sambil membawa sehelai tuala, dan dilemparkan ke arah Jungkook.

Dia menjeling pantulan imej Taehyung di dalam cermin, sebelum memusingkan badannya, sambil menutup bahagian pinggangnya hingga bawah lutut menggunakan tuala yang diberi Taehyung. "Kau suka, la kan tengok aku struggle macam ni? Macam mana aku nak cover hickey ni, hah?!" bentaknya. Sungguh dia buntu.

Taehyung melepaskan keluhan berat. "Asal kau ni bengap sangat ah?" dia mendekati Jungkook, menyebabkan lelaki itu terundur sedikit ke belakang menyentuh sinki. Taehyung melatakkan tangannya pada sinki di sisi pinggang Jungkook, dan sebelah lagi digunakan untuk membuka peti cermin, dan mengambil krim untuk menghilangkan hickey pada bawah jawline Jungkook.

"A-apa kau buat ni, Tae?" tanya Jungkook. Dia berasa tidak selesa dengan tangan Taehyung yang berada di sebelah pinggangnya.

Taehyung tidak menjawab. Sebaliknya dia terus mencari di dalam peti cermin itu.

Jungkook memutarkan matanya. Dia memalingkan wajahnya ke kiri sambil menelan liur, cuba untuk mengelakkan wajahnya daripada menyentuh dada Taehyung yang tak berbaju. Nafasnya turun naik semasa dada Taehyung semakin dekat dengannya, kerana dia menjengukkan kepalanya kedalam peti cermin.

"Nah, sapu krim ni dekat heler kau tu. Ke... Kau nak aku yang sapukan?" dia mengangkat kening dengan riak wajah yang sangat serius.

Dengan kantuk yang masih tersisa, Jungkook malas hendak melayan sikap Taehyung waktu itu, jadi dia membenarkan Taehyung untuk menyapu krim itu pada bawah jawline-nya.

Taehyung mengganguk, dan jarinya mula melakukan tugas menyapu krim ke seluruh kulit Jungkook. Dengan setiap sentuhan Taehyung pada kulitnya, membuatkan matanya terpejam, dibuai kelembutan jemari Taehyung. Wajahnya berkerut. "Tsk.. Ah-aah hyung... Geli lah!" dia mengerang kegelian apabila Taehyung menngerakkan jarinya dengan perlahan di belakang telinganya.

"Shh... Apa kau panggil aku tadi, kid?" Taehyung berhenti seketika. "Hyung? I thought you won't call me 'hyung' anymore?"

"Aish, takkan aku nak panggil kau 'Taedick' kot?"

"Itu yang kau cakap malam tadi kan?"

Jungkook memberi riak wajah tidak puas hati. "Pukul berapa sekarang?" sengaja dia menukar topik.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now