Chapter 9: I feel lost

331 25 15
                                    

'I need a fucking time for all this. I just can't handle all this shit'

◆◆◆◆

Jungkook melihat di sebelah bahagian penumpang. Taehyung sudah pun tertidur dengan posisi memeluk kedua kakinya dan kepala yang terteleng ke tepi, menyandar pada tingkap kereta.

Melihat Taehyung tidur begitu, membuatkan Jungkook geli hati, dan ketawa kecil.

Taehyung kepenatan, kerana telah menangis seharian, dan tambahan pula dia baru sahaja dibelasah.

Setelah menutup enjin kereta, Jungkook membuka seatbelt untuk Taehyung sambil jemarinya mengusap lembut rambut perang lelaki itu.

"Hyung? Kita dah sampai ni, nah pakai baju hyung balik" Jungkook menghulurkan baju Taehyung.

"Umm~" Taehyung menggeliat, tanpa dia sedar, dia telah menolak muka Jungkook yang sedang menghulurkan bajunya semasa dia menggeliat tadi.

"Oii..." latah Jungkook perlahan.

"Hmm?" Taehyung memandang Jungkook dengan pandangan kosong, dan menutup sebelah matanya.

"Dah puas tidur, bro? Kita dah sampai ni. Hyung nak tidur dalam kereta je ke?"

Tidak peduli dengan teguran Jungkook, Taehyung meramas rambutnya,  menyarungkan bajunya, dan terus keluar dari kereta.

Hujan di langit masih belum berhenti, dan sekali lagi membuatkan Taehyung terjerit kesakitan akibat lukanya yang terkena hujan, dan dia terus rebah dan meringkuk diatas jalan tar, berusaha melindungi lukanya.

Melihat sahaja Tahyung terjatuh dari pintu penumpang yang masih terbuka, Jungkook segera keluar dari kereta.

"Hyung!" Jungkook memapah Taehyung masuk ke rumahnya, dan membaringkan Taehyung di dalam bilik. "Hyung, tidur la dah lewat malam ni"

"Kau tak balik?" Taehyung merenung mata Jungkook.

"Ni, nak balik la ni" tidak mahu membalas pandangan Taehyung, Jungkook mencapai selimut di hujung katil, dan menyelimutkan Taehyung. "Luka hyung tu..." Jungkook memerhati luka pada seluruh badan Taehyung. "Nanti Kook–"

"Jangan balik, please..." rayu Taehyung. Dia perlukan teman malam ini. Dia tidak boleh bersedih seorang diri, atau dia akan menjadi gila.

"Tapi..."

"Please..." tangan Jungkook dibawa ke dalam genggamannya.

"Ah, okay"

◆◆◆◆

Jungkook membuka matanya, terjaga kerana kedengaran bunyi guruh yang kuat.

Jam pada layar telefonnya ditenung.

- 2:30 pagi.

Dia kemudian membunyikan tulang lehernya, sebelum meraba di sebelahnya.

Kosong.

Jungkook mengerutkan dahi. Matanya mula meliar mencari Taehyung.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now