Chapter 5: Trouble Maker

428 22 33
                                    

'I know that you will always miss me. Same here, I miss you too. No need to wait for me. I know what Im doing'

◆◆◆◆

Pagi itu, Jungkook bangun awal seperti biasa, untuk bekerja. Dia membuka mata, tetapi Taehyung tdak kelihatan di atas sofa. Dia tercari-cari kelibat Taehyung. Ingatan mula megimbas kembali tentang kejadian semalam. "Macam mana dia boleh telan dadah pulak ni?" Tanya Jungkook dalam hati. Pandangannya dialihkan kearah pokok di luar tingkap. Daun-daun pokok itu berantakan, sama seperti fikirannya sekarang.

Ketika sedang memerhati pokok itu, Jungkook terdengar suara seperti seseorang sedang batuk dari dalam tandas.

"Taehyung..." Gumam Jungkook, lantas mengatur langkah untuk ke tandas.

Pintu tandas itu tertutup tetapi tidak berkunci, semasa Jungkook sampai. Memandangkan ianya tidak berkunci, Jungkook menolak pintu tandas itu perlahan. Dapat dia lihat Taehyung sedang menahan badannya menggunakan tangan pada sinki.

Taehyung terpandang pantulan imej Jungkook pada cermin sinki itu. Mereka berpandangan melalui cermin itu selama 5 saat, sebelum Taehyung menundukkan kepalanya semula.

"Hyung?" Jungkook mendekati Taehyung. "Hyung ok tak?"

"Im okay..." Balas Taehyung.

Melihatkan bibir Taehyung yang ada sedikit kotoran akibat muntah tadi, Jungkook membasahkan tangannya, dan menghilangkan kotoran itu dari bibir Taehyung.

Kelihatan ada rona merah di kedua belah pipi Taehyung, semasa bibirnya disentuh dengan jemari halus Jungkook. Lelaki itu kemudian perasan bahawa wajahnya sedang berubah merah. "Hyung? Merahnya muka..." Oleh kerana perasaan malu, Tehyung menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Itu membuatkan Jungkook ketawa.

"Asal tak bagitau je? Aku boleh lap sendiri" Kata Taehyung, dengan nada suaranya yang kedengran agak malu.

"Salah ke?" Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Telefon Jungkook yang berada di atas meja TV berdering, dan mereka berdua mengalihkan pandangan kearah yang sama, iaitu kearah meja TV, sebelum mereka berpandangan semula.

"Tu kau punya ke aku?" Tanya Taehyung.

"Kook punya" Balas Jungkook. Dia segera berlari untuk mendapatkan telefonnya.

Nama Worlwide Handsome 😒 tertera di skrin.

"Ya hyung... Kook on the way ni"

"Oii, nanti!" Jerit Seokjin. Suaranya kedengaran seperti dia sedang tergesa-gesa.

"Kenapa hyung?" Jungkook berlalu ke biliknya untuk bersiap, sambil menelengkan kepalanya untuk mengepitkan telefon diantara telinga dan bahunya, supaya kedua belah tangannya dapat digunakan untuk membuka pakaiannya.

"Kau tak payah datang kerja seminggu, sbb aku ada hal kat Gwacheon" Jelas Seokjin.

Memandangkan posisi kepalanya yang ditelengkan munyukarkan Jungkook untuk membuka bajunya, lantas dia meletakkan telefonnya di atas katil, dan dan butang pembesar suara ditekan.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now