Chapter 14: Pictures

304 21 8
                                    

'I need to delete her from your mind, or I'll be thrown away like a fucking rubbish'

◆◆◆◆

Di dalam bilik yang sejuk itu, Taehyung memerhati seluruh isi bilik, sementara menunggu doktor Jimin menulis sesuatu di dalam buku rekod pesakit.

Dia selalu tertanya-tanya. Adakah hospital memang selalunya bewarna putih? Seluruh isi bilik doktor Jimin bewarna putih, begitu juga dengan coat Jimin, dan seluruh kawasan hospital ini. Selain daripada bosan, sesetengah hospital juga menyeramkan bagi sesetengah orang.

Bulu roma Taehyung menegak. Bukan kerana dia takut dengan hospital yang menyeramkan, tetapi kerana dia tidak tahan berada di dalam bilik dengan suhu pendingin hawa yang rendah. Dia menyesal kerana tidak membawa sekali hoodienya.

"So..." Jimin memulakan bicara.

Taehyung segera memberi tumpuan sepenuhnya. "Humm?"

Jimin berdeham dua kali sebelum menyambung. "Awak dah boleh ingat sikit-sikit tentang diri awak?"

Taehyung memuncungkan bibirnya sambil berfikir.

Apa yang perlu dia ingat tentang dirinya? Dia tahu bahawa namanya ialah Kim Taehyung, dan dia berumur 21 tahun. Dia tinggal di apartment berhampiran dengan sebuah pusat hiburan iaitu Eleventh. Selain itu, dia tidak ingat apa-apa lagiㅡ Oh! Dan Jungkook. Ya, itu sahaja. "Aku tau nama penuh aku. Aku tau aku tinggal kat mana. Aku tau... Hyung aku. Rasanya la..."

Kening Jimin berkerut. "Hyung? Awak ada hyung?"

Taehyung mengangguk, dan kemudian dia menggelengkan kepala. "T-tak, t-tak. Aku..." Taehyung mengeluh. "Aku tak tau la"

"It's okay, sebab tu saya tanya. Apa nama hyung awak?" Jimin mengambil pen, dan sebuah buku kosong dari dalam laci.

Sekali lagi, Taehyung berfikir. Cuba mengingati nama hyungnya. "Hmm... Jungkook ada bagitau aku, nama hyung aku tu..." jarinya dipetik beberapa kali. "Ah~" dia tersenyum. "Min Yoongi"

"Awak ada gambar dia?" tangan Jimin rancak menulis nama Yoongi didalam buku kosong tadi.

"Dalam phone ada rasanya"

"Saya nak tengok, boleh?"

Ya, akhirnya dia akan membuka aplikasi galeri, dan sebentar lagi dia akan tahu siapakah Sooyeon.

Telefon dikeluarkan.

Tiba-tiba, telefon Jimin berdering, dan dia segera menjawab. Taehyung mengangkat kepalanya dan melihat ke arah Jimin yang sedang berbual dengan telefon.

"Ya? Hmm? Ah, okay okay... Baiklah. Bye"

Itu sahaja yang disebutkan Jimin.

Taehyung mengerutkan dahi. "Kenapa Jimin?"

Sambil memyimpan semula telefonnya, Jimin menjawab. "Maaf, saya ada pesakit yang perlu diperiksa. Kita kena tangguh dulu buat masa ni. Again, I'm very sorry..."

"Oh... Ye, takpe. Aku faham"

◆◆◆◆

"Umm hyung..." Jungkook mendekati Seokjin yang sedang menyusun roti.

"Humm?"

"Emm.." dia berbelah bahagi antara ingin memberitahu tentang Taehyung kepada Seokjin atau tidak.

"Apa? Cakap je la" Seokjin menarik sebuah kerusi di balakang Jungkook, dan melabuhkan punggung. Perkara yang sama dilakukan oleh Jungkook, dengan duduk mengahadap hyungnya.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now