Chapter 11: I love us

353 24 11
                                    

'Sometimes you can't explain what you see in a person. It's just the way they take you to a place where no one else can'

◆◆◆◆

"Kenapa kau buat semua ni?" dia menyalakan rokok yang tersemat dibibir.

"Aku perlukan duit, kau faham tak?"

"Berapa banyak yang kau dapat buat semua ni?" asap rokok dihembus dalam bentuk 'O'.

"Perlu ke aku bagitau kau?"

Namjoon mengeluh. Dia tidak boleh menyalahkan sahabatnya itu, kerana dia tahu Hoseok ialah dari keluarga yang susah.

Rokok yang masih berbaki separuh dicampak ke lantai dan dipijak. Dia menyelak rambutnya ke belakang. "Kau jual je lah pistol kau tu"

"Weh, kau gile ape?!" Hoseok mengeluarkan pistolnya dari dalam poket coat hitamnya. "Ni barang paling aku sayang, kau tahu?"

"Dah tu kalau kau sayang, apehal kau lari dari sekolah tentera, dulu?"

"Kau tu tak lari dari sekolah tentera, tapi apehal kau jadi macam ni, sekarang?"

"Kau jangan putar belitkan soalan aku boleh, tak?"

"Kau jangan semakkan otak aku, boleh tak?"

Mereka merenung antara satu sama lain dan kemudian mengeluh.

Hoseok dan Namjoon ialah sahabat baik sewaktu di sekolah tentera dulu. Mereka memasuki kelas menembak, dan selalu berlatih bersama sehinggalah Hoseok memilih untuk meninggalkan Namjoon dengan lari dari sekolah berasrama penuh itu.

Namjoon bersila di atas lantai di bawah jambatan itu. Hoseok melirikkan matanya ke arah Namjoon sebelum melakukan perkara yang sama sambil memasukkan  semula pistolnya.

"Joonnie..." gumam Hoseok. Kepalanya ditundukkan memandang rumput yang begerak ditiup angin malam.

"Hmm?" Namjoon mengangkat keningnya. "Apa?"

Mata Namjoon ditenung, kemudian dia melentokkan kepalanya pada bahu Namjoon.

"Woii... Kau ni dah kenapa?" Namjoon menepis kepala Hoseok.

"Ahh, jangan la... Aku mengantuk ni" Hoseok melentokkan semula kepalanya. Dia tidak dapat menahan kantuknya.

"Pergi tidur kat rumah kau la, duhh..."

"Aku taknak balik rumah. Bukannya ada apa pun"

"Cakap je la kau rindu aku"

"Haa ye, aku rindu kau, Kim Namjoon..." jawab Hoseok malas.

Namjoon ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. "Kerja bunuh orang tapi hati lembut. Lol"

"Diam lah kau..."

◆◆◆◆

Taehyung  masih belum dibenarkan pulang ke rumah, kerana keadaannya yang belum stabil. Oleb sebab itu, Jungkook memilih untuk meneman Taehyung di hospital.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now