Chapter 4: Addicted

415 27 37
                                    

'I already have a lot of problems, and you just bring me to another big fucking problem. All this disaster starts because of you. Fucker'

◆◆◆◆

Jam loceng yang berada di atas meja di sebelah katil berdering, menandakan bulan sudah berganti tempat dengan matahari. Dia meraba-raba meja kecil itu, mencari di manakah jam loceng tadi. Setelah jarinya menyentuh kaki jam loceng itu, dia segera mematikannya. Bunyi jam yang nyaring itu membingitkan telinganya.

Malam tadi, dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kerana hatinya penuh dengan perasaan marah yang membuak. Dia berjalan kearah meja solek di hadapan katil, mencapai telefonnya, dan mendail nombor seseorang.

◆◆◆◆

Jungkook membuka mata. Dia melihat di sebelah, Taehyung masih tidur dengan keadaan bantal peluk di kaki, dan tangan yang menutup matanya. Jungkook kemudian melemparkan pandangannya ke tingkap, sebelum telefonnya berdering. Lagu Sorry - Junstin Bieber kedengaran di bawah bantal Taehyung.

Jungkook segera menjawab.

"Anyeonghaseyo?"

"Babe, we need to talk!" Suara seorang perempuan yang amat dikenalinya yang menyahut sapaannya. Dengan wajah yang berkerut, Jungkook menjauhkan telefon itu dari telinganya dan melihat nama yang tertera pada skrin telefon.
- Sooyeon~❤

Sekali lagi, wajah Jungkook berkerut. Ah sudah, dia tersalah telefon. Itu adalah telefon Taehyung, yang disangkakan telefonnya, kerana ringtone dan warna yang sama dengan miliknya.

"Babe? Hello?" Suara dari dalam telefon menyentakkan Jungkook, lantas dia mengejutkan Taehyung yang sedang tidur.

"Hyung, hyung... bangun, Sooyeon call ni"

Jungkook menggoyangkan badan Taehyung. Dalam keadaan mamai, Taehyung terus duduk dari tidurnya, dan merampas telefon daripada Jungkook.

"Hello?" Suara Taehyung serak.

"Babe, where are you? Kenapa I dengar Jungkook yang angkat handphone you? You ada dengan dia ke sekarang? Macam mana you boleh ada dengan dia?" Sooyeon mengajukan soalan bertubi-tubi kepada Taehyung.

Mendengarkan omelan seorang perempuan pada pagi-pagi seperti ini bukanlah perkara yang Taehyung suka. Itu membuatkannya semakin rimas. Nafas ditarik dan dihembus perlahan, membuang rasa marahnya.

"Sooyeon? Babe, yeah I know, I'll tell you everything, but please... calm down" Arah Taehyung. Rambut yang memasuki mata diselak.

"Yea Taehyung, listen. I just nak bagitau you, yang we need to talk. Jumpa I dekat COD in 9!"

"Alright, chill. I'll be there in 20 minutes"

"Nice, bye!" Sooyeon terus mematikan telefon.

Taehyung melempar telefonnya di sebelah bantal Jungkook, kemudian meraup wajahnya. Kepalanya ditundukkan, jari tangan kanannya mengurut batang hidung, cuba untuk menenangkan fikirannya yang sedang kusut.

Addicted To You [kth&jjk] completed ✔Where stories live. Discover now