*****aku dah tersiat-siat. sekarang ni aku macam kosong gila. dah lah kejadian tadi buat aku rasa nak tercekik dan mencekik.
tak pepasal aku dah pun berada dekat dalam bilik disiplin. hwayooo gua seram tengok muka ms.daeho yang ketat semacam tu.
dia ada tahi lalat dekat kawasan bibir atas. cermin mata petaknya yang nipis, dan double-chin dia yang sedikit besar cukup untuk menunjukkan kegarangan dia.
" han yoonji sila beri keterangan. "
ya tuhan.
aku nak terkucil do. serius aku tak pernah masuk dalam bilik ni selama aku bersekolah dan ini first time. sebelum ni setakat denda tahan kelas je lah ada.
MASALAHNYA EN KALAU AKU DAPAT TAMPAR SI YERI TU SEKALI PUAS LAH JUGAK HATI. NI?
shibal, aku tak boleh berhenti mencarut dekat dia.
" um, semalam saya elok je duduk dekat kelas. lepastu yeri dengan tentera dia datang serang saya. "
ms.daeho mengerutkan keningnya. APA AKU CAKAP SALAH KE. aduduh jangan pandang saya macam tu puan. boleh kena sembelit.
" teruskan. "
" haa, saya nak keluar dari kelas sebab tak nak besarkan lagi hal. tapi si yeri tu pergi tahan tangan saya. saya JUST rentap, tetiba dia jatuh sendiri. "
sungguh-sungguh aku menceritakan hal yang sebenar.
" menurut saksi-saksi kejadian, awak yang start sentuh dia. awak pun tahu kan mengikut peraturan sekolah, sesiapa yang memulakan pasti akan menjadi pesalah. "
allahu. aku tolak bahu dia je pon. mati ke?
tetiba teringat yang omma nak hantar aku dekat keluarga min. OH NO
aku start merayu. " tapi puan yeri yang mulakan perbalahan! dia datang dulu! saya tak cari dia pon! "
" boleh jadi kemungkinan dia datang untuk berbincang. awak tak ada alibi yang kukuh untuk beri dia point bersalah sekarang ni. " kata ms.daeho.
" tepuk meja saya untuk berbincang ke? lagi satu apa motif berbincang kalau dah macam bawak satu sekolah ke kelas? tolonglah puan. "
hUA AKU FED UP
yeri yAISH aku rasa macam lepas keluar dari pintu pagar sekolah je, aku nak langgar dia guna lori tong sampah. AKU GERAM TAHU T..T
sakitnya hati. semua orang tak percaya aku. tak ada yang nak backup aku langsung. disebabkan yeri ada bukti yang kuat untuk tuduh aku. hdkqkfka
ms.daeho menulis sesuatu di dalam sehelai kertas. kemudian dimasukkan ke dalam fail aku. hm.
" awak ke mana semalam? "
dia mention pasal ponteng. naise.
" lepas ke taman, saya balik. "
ms.daeho memperbetulkan kaca mata yang dipakai. " tak apa, saya faham. ini pun kesalahan awak yang pertama. saya tengok tangan yeri tu tak luka pun. "
