Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
/ tinggal epilog je :) jangan nangis. chan.. mau nangis jugak.. T..T
.
.
******
aku terus berlari mendapatkan taehyung sebaik sahaja tiba di hospital, aku turut ditemani oleh narae dan hoseok sunbae. wajah cuak aku sukar dikawal lagi.
" yah macam mana dengan keadaan pakcik jeon? " soal aku gelabah. kini kami tepat berada di depan pintu wad kecemasan.
jimin yang turut berada di situ mengumam bibirnya. " pakcik jeon masih dirawat, makcik jeon pengsan sebab terkejut. "
" jungkook? "
taehyung yang sedang duduk terus berdiri dan memandang aku.
" yoonji, kau lupa? "
aku cuba ingat sesuatu.
ah, jungkook. dia tak suka tempat ni. tempat yang dipenuhi warna putih kelilingnya. kedengaran jeritan orang kesakitan sana sini. aku memejam mata rapat, rasa nak menjerit.
jungkook masih trauma dengan kejadian yang menimpa adik dia, junghyun. dia rasa diri dia punca ditambah tekanan dari pakcik jeon.
walaupun dia sakit teruk, dipujuk rayu pun dia takkan jejak hospital. aku sendiri pernah tanya samada kalau aku nazak, dia rela aku mati dalam pangkuan dia.
egh! aku.. tak tahu nak buat apa.
ini semua salah aku.
" jungkook nampak cemas, tapi dalam pada masa yang sama dia marah. apa yang berlaku? " taehyung menyoal lagi.
" s-sebenarnya.. kantoi tadi jungkook dengar perbualan kitaorang tentang pakcik jeon. jadi sebab tu rasanya jungkook marah. mianhae. " jelas narae.
aku menurunkan pandangan.
buku diari yang jungkook tinggalkan tadi masih berada di tangan aku. haih, jungkook-ah..
******
setelah semua keadaan semakin memulih. pakcik jeon turut dipindahkan ke wad biasa. aku tak tahu puncanya apa, katanya kemalangan ni melibatkan kesalahan daripada pemandu.
pakcik jeon disabitkan kesalahan memandu ketika mabuk. hm.
aku mengambil keputusan untuk menjengah keadaan dia. tadi aku telefon jungkook berkali-kali tapi dia tak angkat. aku faham yang dia tak boleh jejak ke sini.