V POV ;
Dah pukul berapa ni ? . Aku menilik jam yang terletak kemas di pergelangan tanganku . 7:32 malam . Lamanya aku tidur . kepenatan mungkin .Aku bangun dari pembaringanku dan terus masuk kebilik air untuk bersihkan badan .
Lapar .
Malas nak susahkan maid , jadi aku keluar untuk isi perut aku yang dah berbunyi . Aku ambil kunci kereta dan terus meluncur laju ke destinasi yang aku nak pergi .
Rumah Yeon . tu lah destinasi aku . Aku call dia dan ajak dia keluar makan . Yeon tak pernah tolak ajakan aku bile sebut pasal makanan . kecuali kalau dia sakit masa tu .
"Tae !!!!!!!!!!!!" bapak dia . terkejut sial aku . mintak penampar dia ni .
"Kau ni kenapa jerit macam tak jumpa aku berdekad ? Ade makan penampar kang" aku sengaja buat muka nak marah dia .
"Aku cuma happy jumpa kau . Jangan lah marah" ha sudah . dia buat nak nangis pulak . saje nak bagi aku rase bersalah dengan muka dia tu . tahu lah comel . eey
"Aku tak marah , sayang . Aku gurau je lah , jangan lah nangis . Nanti huduh ." cara paling lembut aku bagi . habis jatuh imej aku sebagai CEO company yang berjaya ni pujuk perempuan yang bernama Nayeon .
"Aku pun gurau je , aku tahu kau takkan berani nak marah aku yang comel ni HAHAHAHAHAHAHA" okay , ni betul betul mintak penampar . Kau menang .
Disebabkan aku malas nak layan dia . aku teruskan je perjalan kami ke kedai makan yang aku dah pilih tadi .
Sepanjang perjalanan tu kami senyap je . Mula mula aku ingat Yeon merajuk sebab aku tak layan dia tadi . Rupanya , dia terlena .
"Yeon , dah sampai ni . Jom" aku kejut dia dengan goyangkan sikit bahu dia . Dia tersedar dan terus keluar dari perut kereta .
———————————————"Nak makan ape , Yeon ?" soalku sambil membelek menu makanan yang diberi oleh waiter .
"Em , nak makan Fish and chip lah . Sky juice satu" Jawabnya . aku hanya turuti dan memesab kepada waiter tadi .
Selesai makan , aku ajak Yeon pergi tasik berdekatan . Aku ade sesuatu yang nak diberitahu .
"Yeon .." aku memanggilnya .
"Ye" Lembut je suara dia . Kene lah dengan rupanya yang comel tu .
"Kau ade cintakan sesiapa ?" harapan aku jawapannya adalah 'tidak' tapi yang keluar daripada mulut Nayeon adalah sebaliknya . Aku agak kecewa .
"Kenapa tanya ?" butakah kamu bahawa aku mencintaimu Yeon ? aku bermonolog dalam hati . Tak terluah dek kerana aku risau hubungan kami akan terputus hanya kerana perkara ini .
"Saje tanye" aku jawab . Tak rase nak tanya siapakah gerangan yang bertakhta dalam hatinya . Barangkali hatiku hampir retak dengan jawapan yang diberi tadi .
Yeon hanya tersenyum . Manisnya senyuman dia . Macam mana lah aku tak cair .
"Kau mesti ada perasaan dekat seseorang kan , Taehyung ?" Nayeon bertanya . Aku hanya mengangguk . Tak berani rasenye nak sebut siapa yang aku cinta tu .
"Beruntunglah siapa yang dapat kau tu kan ? dah lah kaya , kacak pulak tu" bunyi macam pasrah si Nayeon ni . aku cuma hadiahkan dia senyuman .
"Kau pun same , beruntunglah siapa dapat kau . Cantik dan pandai" mungkin kata kata yang keluar dari mulut aku ni dapat menyenangkan hatinya .
"Aku cuma berharap suatu hari nanti dia sedar yang aku cintakan dia , Tae .." lepas Nayeon cakap macam tu . Hati aku mula rasa sedikit panas . Siapa yang buta sangat tak nampak ke Nayeon suka dekat dia ? Bodohnya lelaki tu sebab tak nampak Nayeon yang cantik ni sedangkan aku pun tak dapat dia .
"Aku doakan kebahagiaan kau , Yeon" Nayeon tersenyum . Aku tahu disebalik senyuman dia tu ade sedikit keretakan dalam hatinya . Sabarlah , sayang . satu hari nanti kau akan bahagia dengan pilihan hati kau .