"Yeon ..." itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut aku . Aku melihat susuk tubuh yang berbaring di atas katil wad ni . Sungguh aku terkedu melihat Nayeon yang terlantar di situ .
"Yeon , kenapa buat aku macam ni ? kau tak sayang aku ke ? aku tak sanggup nak kehilangan kau Nayeon . Jangan tinggalkan aku . Kau tahu kan ? aku langsung tak boleh jauh dengan kau . Cukup lah 5 tahun aku terseksa . Aku dah cuba sehabis baik untuk jauh dengan kau dalam tempoh tu , sayang" Tanpa aku sedar , air mata aku mengalir deras . Tak sanggup aku ingin lihat manusia yang aku terlampau cinta ini .
Nayeon kemalangan . Dia dilanggar kereta yang hilang kawalan sewaktu hendak melintas .
Aku tahu perit untuk terima . Tapi itu lah hakikatnya . Yeon cedera teruk . Pendarahan berlaku di kepalanya . Kaki nya patah .
"Taehyung" aku menoleh ke pintu wad . Terlihat seorang yang aku kenali .
"Encik Woo Bin" aku tak tahu ape kaitannya lelaki ini dengan Nayeon , mungkin ini lelaki yang dicintainya . memang jauh dari jangkaan aku . sememangnya dia kacak .
"Encik ni yang berurusan dengan saya hari tu kan ?" dia hanya mengangguk .
"Saya tak tahu pula awak kawan baik Nayeon . Tak pernah dia cerita pasal awak" aku hanya tersenyum .
"Tiada apa apa yang menarik diantara kami yang mahu dia ceritakan pada Encik Woo Bin" aku membalas .
"Ya mungkin kerana saya sentiasa sibuk . Tak perlulah berencik encik , panggil je Woo Bin" aku hanya mengangguk setuju .
"Taehyung , saya tahu awak lebih mengenali dan faham perasaan Nayeon memandangkan awak kawan baiknya . Saya harap awak dapat berindia semangat untuk pulih" dia menepuk bahuku . aku hanya tersenyum . ya , aku menahan tangisan aku . ada juga rasa sedikit pelik . Woo Bin lebih percayakan aku . Bukan kah dia adalah kekasih Nayeon ?
Aku beranikan diri untuk bertanya tentang hubungan dia dan Nayeon . Ternyata jangkaan aku awal tadi salah . Mereka adik beradik . Tak sangka Nayeon ada abang sekacak ni . Aku langsung tak pernah tahu Nayeon ada abang .
Ada sikit lega dalam hati aku lepas dengar penjelasan Woo Bin tadi .
"Saya ada kerja di pejabat . Saya minta diri dulu ye" Woo Bin berjabat tangan dengan aku dan lama lama banyangan nya pun hilang .
aku masuk semula ke dalam bilik Nayeon ditempatkan . Sedih , sedih yang teramat lihat keadaan Nayeon .
Semalam aku baru je makan malam dan melepak dengan dia dekat tasik . Harini aku hanya dapat lihat dia yang 'tidur' langsung tak sedarkan diri .
———————————————
Dah masuk 2 minggu Nayeon koma . Dia langsung takde tanda tanda nak sedarkan diri . Hampir setiap masa aku duduk disisinya .
Tangannya sejuk aku kucup berkali kali . Muka Nayeon pucat macam tak ada darah yang mengalir dalam badan dia .
Tengok keadaan Nayeon yang menyedihkan ni langsung buat aku takde selera nak makan . Aku makin tak terurus . Aku jarang masuk pejabat sebab nak jaga Nayeon . mujurlah company tu baik baik saje memandangkan ade yang akan uruskan kerja aku .
"Nayeon .." bibir aku yang kering mengungkapkan kata kata .
"Kau takkan tinggalkan aku kan ? Kau kuat kan ? Aku langsung takde sumber kekuatan tengok kau macam ni sayang . aku langsung tak kuat . Sumber kekuatan aku ada pada kau Yeon . Yeon , sedarlah . aku sanggup buat apa saja untuk kau sedar semula . Aku saya— tak , aku cintakan kau , Nayeon . aku betul betul cintakan kau . Walaupun aku tahu kau tak sudi nak balas cinta aku . Tapi aku tetap takkan kuburkan cinta aku terhadap kau . Sayang , sedarlah . aku dah tak sanggup nak tengok keadaan kau yang tak bermaya ni . kau kena kuat Nayeon . Aku tahu kau boleh , sayang" aku kucup tangan dia lama .
Habis basah tangan Nayeon kena air mata aku . Sungguh aku tak kuat . Aku betul betul hilang semangat dan kekuatan aku kali ni .
Aku sedar , air mata Nayeon mengalir . Aku tahu dia sedang berperang untuk buka matanya . Teruskan , aku akan tetap tunggu Nayeon aku .