Prolog

901 59 1
                                    

AZQI hanya mampu menggigit bibir bila salam yang dihulur tak disambut oleh Datin Salbiah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AZQI hanya mampu menggigit bibir bila salam yang dihulur tak disambut oleh Datin Salbiah. Terkulat-kulat dia memandang wanita itu yang terus menonong keluar dari masjid. Langsung tak mempedulikan dirinya.

Dato' Hans yang turut ada di situ geleng kepala. Dia sendiri kesal dengan perangai isterinya itu. Tak habis-habis dengan dramanya. Lantas dia menepuk perlahan bahu Azqi, memberikan suntikan semangat.

"Abaikan mama tu. Baru-baru biasalah. Lama-lama nanti okeylah dia tu." Dato' Hans melemparkan senyuman.

Azqi ikut tersenyum. Kata-kata sebegitu buat hatinya sedikit lega. Sekurangnya dia tahu Dato' Hans ada dan menyambut mesra dirinya masuk ke dalam keluarga tersebut.

"Qi faham."

"Sekarang Qi dah jadi suami Sophea. Sekaligus Qi dah ambil alih tugas papa selama ni. Qi kena tahu yang Sophea tu permata berharga buat papa dan mama. Dia saja satu-satunya anak perempuan yang papa ada. Papa harap Qi boleh jaga dia sebaiknya."

Sebak Dato' Hans menyampaikan pesanan. Tak terasa anak yang ditatang selama ini sudah pun mengecap bahagia bersama pasangan pilihannya sendiri.

"Insya-Allah, pa. Qi akan jaga Sophea dengan baik seperti mana papa besarkan Sophea dengan kasih sayang. Qi janji dengan papa, Qi akan bahagiakan dia sebagaimana papa bahagiakan puteri papa selama ni."

Dato' Hans terus memeluk menantunya. Jatuh setitis air mata yang ditahan. Bukan sedih kerana anaknya sudah bersuami. Tetapi sedih kerana doanya diijabah Allah.

Betapa selama ini dia berdoa semoga Allah menghantar lelaki yang lebih baik buat anaknya. Bertahun-tahun dia tak pernah tinggalkan doa buat puteri tersayang.

Alhamdulillah, Allah kabulkan. Dato' Hans yakin Azqi seorang lelaki yang baik dan mampu menjaga anak perempuannya.





Lelaki Seperti Dirimu [TERBIT]Where stories live. Discover now