Bab 1

691 50 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





“HAPPY anniversary... happy anniversary... happy anniversary to my dearest Sophea. Happy anniversary… selamat ulang tahun yang kelima, sayang.”

Sophea terpaku. Matanya melekat rapat pada wajah lelaki yang begitu dia cinta itu. Perasaannya dibibit rasa terharu. Lagi-lagi bila Azqi memandangnya dengan renungan penuh cinta.

Happy anniversary my love,” ucap Azqi sekali lagi. Senyuman manis dihadiahkan buat sang bidadarinya itu.

Speechless Sophea. Namun bibirnya tetap menguntum segaris senyuman. Terasa seolah-olah dunia hanya ada mereka berdua saja ketika itu. Seperti di sebuah taman yang ditumbuhi bunga-bunga cinta. Gembira. Itulah yang Sophea rasa.

“Apa semua ni, abang?” Dalam senyum Sophea menyoal. Happy betul dia.

Surprise untuk sayanglah.”

Azqi mendekati Sophea sambil memegang kemas kotak kek kecil. Jelas di mata Sophea sebiji kek yang dihiasi topping warna ungu dan diserikan lagi dengan taburan bunga menggunakan piping cream.

Sophea dapat rasa empangan matanya memberat, dan akhirnya perlahan-lahan pecah berderai. Sungguh, dia langsung tak terfikir dengan semua ini. Tak ada hint sedikit pun. Azqi benar-benar buat dia rasa sebak.

“Tak suka ke surprise abang ni?” soal Azqi bila isterinya masih kaku tak berkutik.

Sophea tampar lembut lengan suaminya.

“Mestilah suka. Orang tengah terkejut tak hilang lagi tau.”

Azqi melepaskan tawa. Tangan kiri menampung kek, tangan kanan pula naik mengusap pipi sang bidadari tercinta.

Tak semena-mena Sophea memeluk tubuh suaminya. Leher Azqi dirangkul dengan kemas. Dagunya disangkut ke bahu lelaki itu. Tak peduli dengan mata-mata pengunjung lain yang turut berada di dalam restoran berkenaan.

Azqi berusaha mengimbangi badannya, takut terlentang dan kek yang dipegang terlingkup ke lantai.

“Patutlah tadi menghilang. Rupa-rupanya abang nak buat surprise untuk Phea.”

“Sayang, kalau ya pun bagi canlah abang letak kek ni dulu. Kalau jatuh nanti, tak ke sia-sia aje kejutan yang abang buat ni?”

“Ops, sorry.”

Sophea termalu sendiri. Terlupa bahawa suaminya masih memegang kotak kek. Pelukan terus dileraikan. Air mata turut disapu dengan jari.

Come. Duduk sini.”

Azqi meletak kek atas meja makan. Kerusi ditarik lalu dia menyuruh Sophea duduk. Sophea pula hanya menurut tanpa bantahan.

“Phea ingat abang lupa anniversary kita. Beria-ia Phea tunggu abang bagi ucapan. Jahat!” Muncung ditarik.

Pecah lagi gelak Azqi. Muncung Sophea dicuitnya dengan jari. Nak kucup bahaya pula. Tempat terbuka ni. Viral pula nanti walau mereka suami isteri yang sah.

“Mana boleh lupa. Tak ada tarikh tu tak wujudlah perkahwinan ni.”

Dari masam mencuka, Sophea kembali tersenyum. Bahagia sangat-sangat. Cintanya terhadap Azqi semakin bertambah di dalam hati. Insya-Allah sehingga ke syurga abadi.

“Lagipun kalau lupa, merajuk pula cik puan sorang tu nanti. Kalau merajuk tu tahu-tahulah, bukan senang nak pujuk.” Azqi sengetkan senyuman. Kening diangkat berkali-kali.

“Mana ada Phea merajuk, pandai aje tau.” Lengan Azqi ditampar manja.

“Eleh, tu yang macam nak merajuk tadi tu apa?”

Azqi meraih tangan kanan isterinya ke dalam genggaman. Dikucup jari-jemari Sophea yang tak lagi selembut saat kali pertama mereka bersalam selepas akad lima tahun dulu. Azqi sedar hakikat itu.

Tapi dia tak pernah kisah. Tangan itu sudah banyak berkorban untuknya sepanjang lima tahun ini. Tangan yang ikhlas memasakkan untuk dia. Tangan yang setiap hari mencuci dan menyidai baju-bajunya. Tangan itu akan dipimpinnya selagi nafas masih terhela.

“Alamak! Sakit perutlah.” Azqi lepaskan genggaman tangannya lalu menekan perut. Mukanya sudah berkerut-kerut.

“Sakit perut lagi?” Sophea angkat kening tinggi. Tadi pun Azqi bagi alasan yang sama ketika menghilang dekat dua puluh minit. Sekali dapat kejutan begini.

“Kali ni tak tipu. Sayang tunggu kejap tau.” Azqi terus bangun dan beredar ke arah kaunter.

Sophea memandang suaminya dengan rasa curiga. Entah apa kejutan lagi Azqi nak buat agaknya. Tapi bila melihatkan suaminya memang macam orang sedang tahan sakit perut, jadi mungkin Azqi ke kaunter untuk bertanyakan kedudukan tandas.

Sophea kembali memandang kek di atas meja. Tersenyum Sophea. Tak terucap perasaan gembiranya. Handphone dikeluarkan dari beg tangan. Kamera dibuka. Kek di tengah meja dibidik dengan senyuman tak lepas.

Hey babywhen we are together, doing things that we love... every time you’re near I feel like I’m in heaven... feeling high. I don't want to let go, girl...”

Suara seseorang sedang menyanyi mengalih tumpuan Sophea yang ralit mengambil gambar kek di tengah meja. Dia meluruskan pandangan ke sudut tepi restoran yang dijadikan tempat jamming. Sesiapa saja boleh menyanyi di situ.

Tercengang Sophea bila dia lihat Azqi yang berdiri di situ. Patutlah dia macam kenal saja suara penyanyi itu tadi.

I just need you to know girl... I don’t wanna run away, baby you're the one I need tonight. No promises... baby now I need to hold you tight. I just wanna die in your arms...”

Cukup merdu suara Azqi melantunkan lagu No Promises nyanyian Shayne Ward. Antara lagu favourite Sophea. Terpaku dia di meja mendengar nyanyian dari suaminya. Terharu pun ada.

Seketika pandangan mereka bersatu dalam rasa cinta yang kembang mekar. Lunak suara Azqi betul-betul membuai perasaan Sophea seperti Azqi sedang melakarkan isi hatinya dari lagu tersebut.

Today is our special day. So I sing this song special to my beloved woman. My life partner.

Azqi tinggalkan tempat jamming dan berjalan ke meja mereka tadi. Mendekati Sophea yang memandangnya dengan mata yang mula basah.

“Sayang... it’s been a long time since we met each other. A lot of things have changed except my love for you. Happy anniversary. You’re the best present in my life.” Pipi kanan Sophea dikucup.

Dan kucupan Azqi dibalas dengan tepukan gemuruh dari pengunjung-pengunjung restoran yang turut makan di situ. Ada juga yang tak melepaskan kesempatan untuk mengucapkan selamat buat kedua-duanya.

Air mata Sophea laju meluncur ke pipi. Kejutan kedua Azqi serta tepukan yang diterima buat hati Sophea bertambah sebak dan sangat terharu.

Hey baby, when we are together, doing things that we love... every time you’re near I fell like I’m in heaven, feeling high...” Azqi sambung menyanyi.

Tangan Sophea diraih dan digenggam kemas. Mata isterinya ditatap dengan perasaan cinta yang sarat. Amanah Allah yang akan dijaga sebaik-baiknya.

“Sayang, happy anniversary. Abang janji akan jaga sayang sampai akhir hayat abang. Cinta abang takkan sesekali pudar. Abang janji. Let’s grow old together.” Dahi Sophea dikucup.

Sekali lagi aksi romantik Azqi mendapat tepukan gemuruh. Tersipu malu Sophea bila diri mereka menjadi perhatian.

“Terima kasih kerana sanggup terima abang apa adanya.”

“I want to thank to you too. Sebab sentiasa buat Phea gembira dan bahagia. Thanks, love.” Giliran Sophea pula kucup dahi Azqi. Terlupa yang mereka di tempat umum.

Lelaki Seperti Dirimu [TERBIT]Where stories live. Discover now